Suami Isteri

AWAS! Suami Ada 6 TANDA Ini? Mungkin, Dia Tengah Syok Bercinta Dengan Perempuan Lain!

51
SHARES
tanda suami curang

Hubungan suami isteri perlu sentiasa seimbang dan tolenrasi antara satu sama lain kerana itulah yang menjadi tali pengikat sesebuah gerbang perkahwinan. Namun, sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku tidak kira lelaki atau wanita.

Walau bagaimanapun, wanita sering menjadi mangsa isu ini. Suami yang disangka selama ini baik, rupanya curang dibelakang sehingga lupa keluarga sendiri. Sungguh meruntun jiwa si isteri mendengar khabar berita itu.

Baca juga: “Arghh Takutnya…”- Tips Malam Pertama Elak Malu, Baru Semuanya Lancar

TANDA SUAMI CURANG YANG RAMAI ISTERI TAK PERASAN

tanda suami curang

Memetik laporan Harian Metro, kebanyakan kes curang berlaku dalam perkahwinan adalah kaum suami. Ini bermakna lapan daripada 10 kes membabitkan kecurangan suami. Hanya dua kes yang menyebut mengenai kecurangan isteri.

Jadi, macam mana nak tahu tanda suami curang? Jangan risau, kami akan bongkarkan teknik yang sering digunakan oleh para lelaki. Awas!

1. SELALU MAIN TELEFON SENYAP-SENYAP 

Kalau sebelum ini suami berani main telefon di hadapan isteri tetapi tiba-tiba suatu hari dia mula takut dan main telefon senyap-senyap, itu tandanya si suami mungkin ada perempuan lain. Mana tidaknya, tak mungkin suami nak hantar mesej kepada skandal di hadapan isteri. Bahaya tu!

2. TAKUT BILA ISTERI TENGOK TELEFON 

TANDA SUAMI CURANG

Kadang-kadang isteri nak tengok telefon suami bukan sebab nak spotcheck tetapi hanya untuk melihat jam atau selfie. Suami pula laju sahaja tangan merampas dan tidak membenarkan isteri main telefon bimbitnya.

Kalau dibiarkan lama-lama di tangan isteri, kantoi pula kalau ada mesej dari perempuan lain. Lebih teruk, apabila suami bawa sahaja kemana telefon walaupun ke tandas. Itu memang tahap kronik, perlu disiasat segera.

3. ISTERI CAKAP TAK LAYAN

Walaupun tengah membincangkan sesuatu yang penting, mata suami asyik pada skirn telefonnya dan tidak mengendahkan luahan isteri. Tidak kira topik apa, dia tetap terganggu kerana telefonnya sentiasa ditangan sehingga isteri penat berborak seorang diri.

4. SELALU LEBIHKAN KERJA / OUTSTATION

Suami tidak pernah keluar awal untuk kerja, tapi tiba-tiba keluar awal dan memberi alasan kerja. Itu memang pelik! Bila di rumah telefon selalu di tangan, tetapi bila sampai tempat kerja tidak dapat dihubungi. Hmm kenapa ya?

Dia juga bukan sahaja pulang lewat dari tempat kerja, tetapi menghabiskan hujung minggu dan cuti di tempat kerja. Tiba-tiba memberikan semua masa untuk kerja. Kan pelik tu?

5. MARAH BILA ISTERI TANYA LEBIH-LEBIH

TANDA SUAMI CURANG

Kaum lelaki ni mudah sahaja. Bila tengah curang atau melakukan kesalahan, mereka akan mudah marah bila pasangan tanya soalan. Baru tanya satu soalan dah marah kerana takut jawapan yang diberikan boleh kantoikan kesalahan diri sendiri.

Sebaliknya, dia mula menyalahkan isteri pula kerana terlalu curiga terhadap dirinya tanpa sebarang sebab. Mulalah cakap isteri overthiking dan perlukan rehat…

6. ASYIK SURUH ISTERI ME TIME

Me time memang kegemaran isteri tapi bila asyik kena suruh me time pun tak seronok juga. Kadang kala hari minggu pasti nak luangkan masa bersama suami dan anak namun, suami hanya menyuruh bawa anak keluar tanpa dia di sisi.

Malah, suami lebih memilih memberi wang tanpa dia ikut bersama kerana mudah untuk dia keluar dengan perempuan lain. Kaum wanita ni ada deria keenam. Bila isteri rasa ‘macam ada something tak kena’, pasti memang ada sesuatu yang tidak kena. Buat kerja kena hati-hati!

TANDA SUAMI CURANG

Itu sahaja tanda suami curang yang paling popular. Semoga anda semua peka dengan perubahan suami dan perkahwinan dibina dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Sumber rujukan:

1. Mom junction

2. Marriage

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×