Famili

Suami Bengang Isteri Habiskan Wang Belanja Sebulan RM100 dalam 25 Hari

53
SHARES

Di Indonesia, tular mengenai satu posting oleh seorang lelaki kerana dia meluahkan mengenai sikap si isteri yang dianggap boros. Menurut luahan si suami itu, dia berkata isterinya terlalu cepat menghabiskan wang bulanan sebanyak 350,000 rupiah (RM106) dalam masa 25 hari sahaja.

Baca juga: Remaja Lahirkan Bayi Kembar Berlainan Bapa, Satu Dalam Sejuta!

SUAMI BENGANG ISTERI HABISKAN WANG BELANJA SEBULAN RM100 DALAM 25 HARI

Menerusi portal berita Wolipop, lelaki berkenaan berasa marah kerana isterinya menghabiskan wang RM100 itu dalam masa 25 hari sahaja sedangkan duit belanja itu untuk digunakan selama sebulan.

“Diberi duit belanja 350,000 rupiah (RM106), baru 25 hari sudah habis digunakan sedangkan itu duit bulanan. Sebagai suami, saya hairan bagaimana dia membelanjakan wang secara boros begitu.

Apabila ditanya ke mana habisnya duit, dia marah, mengamuk, mengugut, mogok enggan masak dan macam-macam lagi. Boros dan cepat naik marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau berkahwin lagi,” luah lelaki itu.

Posting tersebut sudah tentunya tular dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata beranggapan tindakan lelaki itu salah kerana harga barang semakin mahal.

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×