Di Brazil, seorang remaja berusia 19 tahun yang identitinya tidak didedahkan dilaporkan melahirkan sepasang bayi kembar berlainan bapa selepas dia mengadakan hubungan intim bersama dua lelaki berbeza pada hari yang sama.
Remaja berkenaan menjelaskan dia menjalani ujian DNA daripada lelaki yang disangka merupakan bapa kepada pasangan kembar tersebut tetapi hasil ujian menunjukkan positif hanya untuk salah seorang bayi sahaja.
Baca juga: [VIDEO] “Dah Anggap Macam Bapa Angkat..” Jarak 21 Tahun Bukan Penghalang Untuk Berkahwin
REMAJA LAHIRKAN BAYI KEMBAR BERLAINAN BAPA, SATU DALAM SEJUTA
Apabila lelaki kedua diuji, dia disahkan sebagai bapa kepada bayi kedua. Kejadian ini dikenali sebagai heteroparental superfecundation.
Menurut penjelasan doktor yang merawat remaja itu, Tulio Jorge Franco, kejadian seperti itu sememangnya boleh terjadi kerana dua telur daripada seorang ibu disenyawakan oleh dua lelaki berbeza.
“Kedua-dua bayi berkongsi bahan genetik ibu, namun membesar dalam plasenta berbeza,” jelasnya.
Kes tersebut amat jarang berlaku manakala kebarangkaliannya adalah satu dalam sejuta. Hanya 20 kes seumpama itu didakwa berlaku di seluruh dunia.
Pasangan bayi kembar tersebut dilaporkan kini berusia 16 bulan serta kedua-dua lelaki berkenaan turut membantu remaja tersebut menjaga anak-anak mereka.
Sumber: Metro UK