Suami Isteri

Ketahui 8 Jenis Klimaks Wanita Ketika Hubungan Sek*, Suami Jangan Syok Sendiri!

21
SHARES
KLIMAKS WANITA

Orgasme adalah refleks fizikal yang berlaku ketika melakukan hubungan seksual. Bukan sahaja lelaki mampu mencapai tahap syahwat, klimaks wanita juga ada beberapa jenis yang perlu diketahui.

Perkara ini penting untuk diambil berat supaya kedua-dua memainkan peranan yang betul dan puas ketika melakukan hubungan seksual di ranjang.

Baca juga: Cik Abang Makan 9 Buah Ini Agar ‘Senjata’ Tegang Lama, Barulah Cinta Makin Hangat!

JENIS-JENIS KLIMAKS WANITA, SUAMI KENA AMBIL TAHU

KLIMAKS WANITA

1. Orgasme campuran

Orgasme bercampur adalah klimaks yang berlaku apabila lebih daripada satu zon erogen terangsang pada masa yang sama. Mana-mana gabungan zon erogen, seperti kelentit, G-spot, puting atau dubur boleh menyebabkan orgasme bercampur.

2. Squirt

Klimaks jenis ini jarang berlaku. Ejakulasi jenis ini adalah di mana wanita mengeluarkan semburan cecair jernih dan memancut.

3. Klimaks berkali-kali

Tidak seperti orang lelaki, perempuan boleh mencapai klimaks beberapa kali kerana mereka tidak memerlukan masa rehat yang banyak antara orgasme dan rangsangan.

4. Jenis klimaks wanita – puting

Payudara dan puting adalah zon erogen yang utama, jadi anda boleh mendapatkan orgasme dengan merangsang kawasan tersebut.

Puting terutamanya bertindak balas terhadap sentuhan kerana ia mengandungi banyak saraf. Kajian mendapati rangsangan puting mampu mengaktifkan bahagian otak anda yang mengawal rangsangan alat kelamin.

5. Orgasme dubur

Seks dubur juga boleh membantu wanita mencapai klimaks dan secara tidak langsung merangsang kawasan erogen berdekatan. Ini kerana dubur dan rektum berdekatan dengan faraj dan kelentit di mana disambungkan oleh regangan tisu nipis yang dipanggil perineum.

6. Klimaks bahagian faraj

Orgasme daripada seks faraj penetratif tidak merangsang bahagian kelentit dan G-spot. Selain kelentit, faraj mempunyai zon erogen tambahan.

A-spot atau forniks anterior, terletak pada anterior faraj dan kawasan ini boleh mencetuskan orgasme faraj yang mendalam apabila disentuh dengan cara yang betul.

7. Klimaks wanita – G-spot

G-spot terletak di dinding hadapan bahagian faraj. Klimaks G-spot boleh berlaku sekiranya hubungan seks yang dilakukan berjaya ‘menyentuh’ bahagian tersebut.

8. Orgasme kelentit

Klitoris adalah organ seks yang kelihatan seperti tisu kecil di bahagian luar vulva yang terdiri daripada berjuta-juta saraf dan menjadikannya sangat sensitif terhadap rangsangan.

Klimaks jenis ini akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke kawasan tersebut dan kelentit membengkak dan berdenyut.

Jadi, para suami semua pastikan si isteri anda capai tahap klimaks supaya kedua-dua puas ketika di atas katil.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Isteri & Anak Bahagia Till Jannah, Suami Kena Buat 30 Tips Ini. Bukan Fokus 1 Benda Sahaja

Sumber: Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×