Sihat

Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

5
SHARES
punca lelaki lambat pancut

Ada pasangan suami isteri yang berpendapat, mampu ‘tahan lama’ di ranjang adalah tanda hubungan seksual yang sihat. Namun, suami yang ‘lambat pancut’ juga akan membuat isteri menjadi bosan menunggu ketibaan puncak syahwat. Justeru itu, persoalan kepada punca lelaki lambat pancut akan terjawab di bawah ini, jika anda meneruskan pembacaan sehingga habis. Mari!

Baca juga: Bacaan Suami Isteri, Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai Buat Love Bite, Boleh Cuba!

PUNCA LELAKI LAMBAT PANCUT

punca lelaki lambat pancut

Gambar hiasan: jcomp

Menerusi perkongsian ilmiah yang menarik dari laman Hello Doktor, kajian menunjukkan bahawa lelaki normal akan mengeluarkan air mani selepas 5 ke 10 minit aktiviti penetrasi zakar ke dalam faraj berlangsung. Ia adalah durasi paling ideal.

Sekiranya terlalu cepat terpancut air mani, lelaki mungkin mengalami kondisi ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau jika sebaliknya, kondisi tersebut dikenali sebagai ejakulasi tertunda (delayed ejaculation). Kedua-duanya juga masalah yang besar.

Sekiranya anda mempunyai salah satu masalah ini, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor.

Baca juga: 7 Kelebihan Suami Isteri Solat Bersama, Dapat Keberkatan & Rumah Tangga Rasa ‘Sejuk’

3 PUNCA LELAKI EJAKULASI TERTUNDA

Meskipun dikatakan bahawa 5 ke 10 minit adalah durasi paling ideal, namun ada pasangan yang terpaksa melakukan aktiviti di kamar tidur jauh lebih lama daripada jumlah telah disarankan. Kenapa?

1. Faktor fizikal

Masalah lelaki lambat pancut mungkin disebabkan faktor keadaan kesihatan tubuh badan lelaki seperti berikut:

  • Kecacatan sistem reproduktif lelaki sejak dari lahir
  • Kecederaan saraf pelvik yang mengawal puncak syahwat
  • Jangkitan tertentu termasuk infeksi air dan salur kencing
  • Pembedahan kelenjar prostat – pembuangan atau pemindahan
  • Kondisi neurologi seperti diabetes, strok dan kerosakan saraf tunjang
  • Kondisi berkaitan hormon yang rendah seperti tiroid dan testosteron
  • Masalah ejakulasi terbalik di mana air mani kembali ke pundi kencing

2. Faktor mental

punca lelaki lambat pancut

Gambar: freepik

Namun, masalah lelaki lambat pancut juga mungkin angkara pelbagai faktor otak dan psikologi seperti berikut:

  • Terlalu risau akan prestasi dan imej diri sendiri
  • Depresi, kegelisahan, kemurungan dan masalah mental lain
  • Perbezaan di antara realiti dengan fantasi seksual
  • Perdebatan pendapat dengan pasangan tentang seks
  • Masalah perhubungan seperti komunikasi, toleransi dan kerjasama
  • Tabu di dalam budaya atau agama masing-masing

Baca juga: 7 Punca Suami Isteri Bergaduh Boleh Bawa Bercerai, No. 2 Jangan Sesekali Buat!

3. Faktor risiko lain-lain

Tidak boleh dilupakan juga, terdapat beberapa faktor risiko lain yang boleh mendalangi masalah lelaki lambat pancut seperti berikut:

  • Pengambilan ubat tertentu seperti antidepresi, antipsikotik, antisawan, tekanan darah tinggi, diuretik
  • Pengamalan tabiat buruk seperti menghisap rokok
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan, terutamanya peminum tegar untuk jangka masa panjang.

Kesimpulannya, masalah lelaki lambat pancut memang besar tetapi tidak mustahil untuk dirawat dengan bantuan dan sokongan daripada diri sendiri, pasangan dan doktor pakar. Anda tidak berseorangan!

Baca juga: Manfaat Urutan Yoni, Beri Sensasi Baru Dalam Menerokai Titik Sensual Faraj Wanita

Sumber: Hello Doktor

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×