Suami Isteri

Waktu Paling SYOK Nak Buat Hubungan Intim, Kalau Salah Timing, Ajak Pun Si Dia Tak Mahu!

26
SHARES
hubungan seks

Apabila diri sedang ‘berkobar-kobar’ inginkan hubungan seks, pastinya anda juga mahu pasangan turut merasakan perkara yang sama. Memang tidak dinafikan hubungan seks penting untuk keharmonian rumah tangga. Hubungan seks yang sihat juga akan memberi kesan kepada psikologi dan kehidupan keluarga yang sihat.

Berkenaan dengan waktu hubungan seks, setiap pasangan mempunyai keutamaan tersendiri. Ada pasangan yang suka melakukannya secara spontan, ada juga yang mungkin merancangnya. Jadi, betul ke lelaki dan wanita mempunyai masa tertentu untuk lebih ghairah ketika melakukan hubungan intim? Satu tinjauan di England telah mendedahkan satu fakta yang menarik mengenai perkara ini.

Baca juga: Doa Keluarga Bahagia, Elok Amalkan Walaupun Belum Ada Zuriat Atau Masih Bujang

HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI WAKTU YANG IDEAL

hubungan seks

Gambar: racool_studio

Waktu intim yang ideal mengikut jam biologi lelaki dan wanita

Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa keinginan antara wanita dan lelaki berbeza dari segi waktu berhubungan seks.

Kebanyakan wanita memang mahukan hubungan intim pada pukul 11.21 malam atau beberapa jam sebelum tidur. Sementara kaum lelaki lebih suka berhubungan intim sekitar jam 7.45 pagi atau sebelum mereka berangkat kerja.

Kajian yang dianjurkan oleh Lovehoney, pengeluar alat permainan seks terkemuka di England, turut menghasilkan kesimpulan lain mengenai keghairahan seksual pada waktu tertentu. Dikatakan bahawa wanita cenderung lebih ghairah untuk melakukan hubungan intim antara jam 11 malam hingga 2 pagi.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, hasil yang diperolehi untuk lelaki juga berbeza. Berdasarkan hasil kajian, lelaki lebih suka melakukan hubungan seks pada waktu pagi iaitu antara jam 5 pagi hingga 9 pagi.

“Lelaki suka hubungan intim sebelum waktu sarapan, tetapi wanita mahukan seks pada penghujung hari”, kata Richard Longhurst, pemilik Lovehoney kepada DailyMail. Menurutnya, tidak menghairankan jika ada pasangan yang cuba menyesuaikan diri untuk mewujudkan hubungan dan kehidupan seks yang ideal untuk dirinya dan pasangan.

“Tidak hairanlah banyak pasangan yang berusaha bersungguh-sungguh membina kehidupan seks yang sihat kerana mereka mempunyai ‘jam keghairahan’ yang berbeza.” Itu adalah kesimpulan yang dibuat berdasarkan hasil tinjauan tentang percanggahan dalam jam rangsangan seksual.

Lelaki dan wanita pilih pasangan dengan naluri seks yang sama

Satu lagi hasil yang menarik dari tinjauan itu, khususnya mengenai keutamaan mencari pasangan hidup. Kajian yang melibatkan lebih 2,300 orang di England juga menyimpulkan bahawa seseorang itu cenderung untuk berkahwin dengan pasangan yang mempunyai naluri seks yang sama dengan mereka.

Kebanyakan ‘subjek’ mendedahkan kecenderungan untuk rileks dan seronok dalam hubungan seksual. Kesimpulan ini dibuat selepas mendapati bahawa hampir dua pertiga wanita dan separuh lelaki mengatakan mereka mahu melakukan hubungan seks jika pasangan mereka menginginkannya.

Baca juga: 7 Punca Sperma BOCOR Tanpa Sedar, Jom Semak Dulu!

Kajian mendapati waktu ghairah yang muncul antara lelaki dan wanita boleh berbeza

Perbezaan dalam tinjauan itu adalah mengenai pengendalian nafsu antara lelaki dan wanita. Lebih daripada separuh lelaki mengatakan bahawa hasrat mereka untuk hubungan intim muncul secara tiba-tiba.

Sebaliknya, keinginan seksual wanita tidak datang begitu sahaja. Sebanyak 36 peratus wanita menjawab bahawa perasaan mereka boleh mempengaruhi keinginan mereka untuk hubungan intim.

Kesimpulan

Melalui penjelasan di atas, tidak mustahil pencetus kerusuhan rumah tangga bermula dengan percanggahan dari segi hal seks.

Sebagai contoh, si isteri marah kerana suami menolak melakukan hubungan seks sebelum tidur dengan alasan letih. Ketidakselesaan akibat penolakan suami boleh menjadi seperti api dalam sekam yang kadang-kadang boleh meletus apabila suami melakukan kesalahan kecil.

Memang benar bahawa terdapat banyak lagi aspek dalam perkahwinan yang perlu dibina dan diperbaiki bersama-sama, selain masalah-masalah seperti seks. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh memandang rendah masalah dalam kehidupan seks anda bersama pasangan.

Baca juga: Waktu Sesuai Nak ‘Bersama’ Ketika Bulan Puasa, Barulah Cik Suami Tak Kena Puasa 2X!

Sumber: The Asian Parent Indonesia

FT Image: lookstudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×