Nur

Doa Keluarga Bahagia, Elok Amalkan Walaupun Belum Ada Zuriat Atau Masih Bujang

1
SHARES
doa keluarga bahagia

Asam garam dalam kehidupan memang tidak akan lari daripada pelbagai pengalaman indah dan cabaran berliku, terutamanya dalam kehidupan berumah tangga. Alangkah baiknya, jika anda mengamalkan doa keluarga bahagia yang dikongsikan ini sebagai benteng untuk bantu memperkukuhkan keharmonian masjid yang dibina.

Hebatnya doa ini, ia boleh diamalkan untuk pelbagai kegunaan dan bila-bila masa sahaja oleh setiap ahli keluarga. Antaranya, anda boleh bacakan doa ini ketika anak tidur, sedang memasak dan sebagainya.

Tambahan pula, terdapat banyak kesan besarnya apabila doa ini diamalkan seperti yang dirasai sendiri oleh Puan Ainini Zainal sekeluarga. Jom, ikuti perkongsian beliau di bawah.

Baca juga: Kalau Bulu Kucing Melekat Pada Pakaian, Badan Atau Sejadah…Sah Atau Tidak Solat?

DOA KELUARGA BAHAGIA

doa keluarga bahagia

Gambar: Ainini Zainal

Sejak 8 tahun lepas, kami sekeluarga amalkan doa ini. Lepas solat kami semua baca. Saya, suami dan anak juga semua hafal.

Kesannya saya nampak, ada beza.

Makin hari makin rasa sayang sesama sendiri. Tiada gaduh-gaduh suami isteri yang tinggi suara, merajuk sekejap saja pun kalau ada.

Anak jadi lembut hati dan kami juga sama. Ada hari saya rasakan saya tak layak dapat segala kebaikan ini sebab ada masa, rasa diri bukan yang terbaik.

Baca juga: Cara Solat Untuk Orang Yang Alami Kencing Tak Lawas, Ibadah Pasti Terjaga!

Tapi saya ingat pesan seorang saudara, doa itu sangat besar kesan dalam hidup kita. Konsisten cakap (doa) benda yang sama, Insha Allah yang baik akan datang dalam hidup kita.

Besar kesannya.

Kami jadi tak marah-marah yang teruk di rumah kami. Rasa rumah tempat paling aman. Syurga. Kalau keluar, tak sabar nak balik. Salah seorang ahli tiada, rindu sangat. Dia balik, rasa happy sangat pandang wajahnya.

Seorang rakan saya yang ajar ayat dan doa ini. Semoga Allah berkati hidupnya. Saya ingin anda juga rasai, bagi yang belum amalkan.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana Hablana Min Ajwaajina. Wa dzzurriyyatina Qurrota A’yun. Waj ‘alna Lilmuttaqiina Imaama.

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)

Insha Allah, kita amalkan. Syurga untuk dunia ini, keluarga kita.

Ainini Zainal, 04122020,  Reshare, 11102022.

Baca juga: Buat Wanita…Ini Hukum Pakaian Solat Yang Ada Bekas Darah Haid Biarpun Lepas Dicuci!

Sumber: Ainini Zainal

FT Image: mujarabamliyat / stockboy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×