Nur

Buat Wanita…Ini Hukum Pakaian Solat Yang Ada Bekas Darah Haid Biarpun Lepas Dicuci!

27
SHARES
darah haid

Umum sedia maklum, darah haid termasuk dalam kategori najis dan hukumnya wajib dicuci sebelum mengerjakan ibadah. Namun, di dalam beberapa kes, darah haid masih berbekas meskipun pakaian solat sudah dicuci bersih. Jadi, bagaimanakah hukum beribadah dengan pakaian solat yang terdapat bekas darah haid?

Lantaran itu, bagi menjawab persoalan yang timbul, teruskan pembacaan anda di bawah mengenai penjelasan hukum dan syarat sekiranya pakaian solat mempunyai bekas darah haid di bawah.

Baca juga: Lepas Solat Amal 10 Zikir Harian Ini, Hati Tak Gusar Diri Makin Tenang!

DARAH HAID

darah haid

Gambar: istock

Soalan:

Jika kain yang terkena darah haidh dan telah dibasuh tetapi masih ada warna darah tidak hilang adakah dimaafkan boleh dibawa sembahyang atau wajib basuh sampai tidak ada warna tersebut?

Melalui penjelasan Ustaz Azhar Idrus, setelah pakaian dibasuh bersih tetapi masih berbekas warna darah tersebut nescaya dimaafkannya. Maka, solat anda dikira sah, asalkan pakaian yang terkena najis darah haid sudah dicuci bersih terlebih dahulu.

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Jawapan:

Jika pakaian yang terkena darah sudah dibasuh dengan kuat tetapi masih tinggal kesan warna darah maka hukumnya dimaafkan boleh dibawa mengerjakan sembahyang.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata beliau telah berkata oleh Khaulah r.a. :

يَا رَسُولَ اَللَّهِ, فَإِنْ لَمْ يَذْهَبْ اَلدَّمُ? قَالَ: “يَكْفِيكِ اَلْمَاءُ, وَلَا يَضُرُّكِ أَثَرُههُ

Artinya : “Wahai Rasulullah andainya masih ada kesan darah tidak hilang? Jawab Rasulullah : Memadai engkau basuh dengan air dan tidak memudaratkanmu oleh kesan warnanya.” (Riwayat Tirmizi)

Tersebut pada Kitab Ibanah Al-Ahkam:

يعفى عما بقي من أثر اللون بعد الاجتهاد في الغسل بدليل (ولا يضرك أثره) الآتي في الحديث الذي بعده

Artinya : “Dimaafkan dari apa yang tinggal dari kesan warna selepas bersungguh pada membasuhnya dengan dalil “tiada memudaratkanmu oleh kesan warnanya” yang datang pada hadith selepasnya.”

Telah berkata oleh Imam Nawawi :

وإن بقي اللون وحده وهو سهل الازالة، لم يطهر. وإن كان عسرها، كدم الحيض يصيب الثوب، وربما لا يزول بعد المبالغة، والاستعانة بالحت والقرص، طهر.

Artinya : “Dan jika tinggal warna darah sahaja dan mudah menghilangkannya nescaya tidak suci ia. Dan jika susah menghilangkannya seperti darah haidh yang mengenai kain dan kadangkala tidak hilang ia selepas bersungguh basuhnya dan selepas mengosok dan mengikisnya nescaya suci ia.” (Kitab Raudah At-Talibin)

Maksudnya apabila pakaian yang kena darah seperti darah haidh maka wajib dibasuh untuk menghilangkannya kerana darah itu najis. Setelah dibasuh dengan digosok tetapi masih ada kesan warna darah tersebut nescaya dimaafkannya yakni kain itu telah dihukumkan sebagai suci harus dipakai untuk sembahyang.

Wallahua’lam, Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Hukum Nyanyikan Al-Quran Dengan Alunan Muzik, Ustaz Azhar Idrus Jelaskan…

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×