Nur

Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri, Perlu Hati-Hati Elak Solat Jadi Batal!

60
SHARES
hukum sujud atas telekung

Para muslimah sering sahaja berhadapan dengan situasi sujud di atas telekung sendiri ketika menunaikan solat. Namun, adakah solat anda menjadi sah atau pun telah batal? Berikut, merupakan penjelasan lanjut dari mufti berkenaan hukum sujud atas telekung sendiri buat manfaat semua.

Baca juga: Kucing Kesayangan Mati, Ikut 4 Panduan Ini Untuk Tanam & Hukum Kebumikan Haiwan

HUKUM SUJUD ATAS TELEKUNG SENDIRI

hukum sujud atas telekung

Gambar: Telekung Rawdah

Melalui kenyataan dari laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang yang melakukan sujud atas sesuatu yang bersambung dengannya dan menanggungnya dengan sengaja maka solatnya batal.

Hal ini seperti seseorang yang solat atas telekungnya sendiri maka solatnya batal kerana ia bersambung dengannya dan ia ditanggung olehnya. Oleh itu, solat tersebut perlu diulangi semula.

Justeru, kita perlu memastikan dahi menyentuh tempat sujud dengan sempurna bagi menjamin kesempurnaan solat secara keseluruhannya.

Baca juga: Pakai Baju Hitam Untuk Menziarahi Kematian Boleh Jatuh Haram? Sekiranya…

Huraian jawapan

Umum mengetahui, sujud termasuk dalam rukun solat yang wajib dilakukan dengan sempurna agar solat menjadi sah dan diterima oleh Allah SWT. Di mana, dengan tidak memenuhi syarat-syaratnya boleh menyebabkan solat itu terbatal.

Firman Allah SWT berkenaan sujud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang).” (Surah al-Haj, ayat: 77)

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda dalam potongan hadith tersebut:

ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ وَتَطْمَئِنَّ جَالِسًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

Maksudnya: “…Kemudian sujud (dengan toma’ninah), kemudian angkatlah kepala mu dan duduk dalam keadaan toma’ninah kemudian sujud (buat kali kedua juga dalam keadaan toma’ninah)…” Riwayat Al-Bukhari (6667)

Selain itu, Abdullah Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ على سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وأَشارَ بيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ واليَدَيْنِ والرُّكْبَتَيْنِ، وأَطْرافِ القَدَمَيْنِ

Maksudnya: Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangganya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki. Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490)

Baca juga: Balik Kampung & Sewa Homestay Bukan Nak Larikan Diri, Tapi Aurat Kena Jaga!

Anggota sujud ada 7 dan mesti bersujud dengan anggota-anggota tersebut

hukum sujud atas telekung

Gambar: Telekung Rawdah

Menurut Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis di atas, menyatakan bahawa;

“Sesungguhnya anggota sujud itu ada tujuh dan mesti seseorang yang sujud itu bersujud dengan tujuh anggota tersebut serta sujud bersama dengan dahi dan hidung kesemuanya.

“Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung. Jika dia meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujudnya sah tetapi jika dia meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujudnya.

“Ini adalah pandangan mazhab Syafie, Malik dan kebanyakan ahli ilmu.” (Rujuk: Syarh al-Nawawi ala Muslim, 4/206)

Berdasarkan kenyataan di atas dapat difahami bahawa terdapat tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki. Begitu juga, anggota dahi wajib diletakkan di atas lantai.

Hal ini juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi bahawa sujud di atas dahi adalah wajib berdasarkan riwayat Abdullah bin Umar:

إذَا ‌سَجَدْتَ فَمَكِّنْ ‌جَبْهَتَكَ من ‌الارض ولا تنقر نَقْرًا

Bermaksud: sekiranya kalian bersujud maka tempatkanlah dahi ke atas dahi dan janganlah menggali lubang.

Imam al-Nawawi ada menukilkan kenyataan Imam al-Syafi’i dalam kitab al-Umm;

“Bahawa sekiranya sebahagian dahi diletakkan ketika sujud maka aku menghukumkan ia makruh namun aku menerimanya kerana dia telah dikira sujud di atas dahi, sekiranya dia sujud atas sesuatu yang menghalang dahi maka sujudnya tidak dikira.” (Rujuk: Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 3/422)

Baca juga: Hukum Ambil Upah Tukar Duit Raya & Cara Hindari Unsur Riba, Ini Jawapannya!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Telekung Rawdah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×