Didik

Balik Kampung & Sewa Homestay Bukan Nak Larikan Diri, Tapi Aurat Kena Jaga!

8
SHARES
balik kampung

Menjelang Hari Raya, aktiviti balik kampung menjadi perjalanan yang dinantikan untuk berkumpulnya sanak saudara. Tatkala diselebungi keterujaaan duduk beramai-ramai, jangan dilupa untuk menjaga batas aurat terutamanya dengan ahli keluarga yang bukan mahram.

Maka, tidak hairan sekiranya ada keluarga yang memilih untuk menyewa homestay apabila pulang ke kampung. Bak kata Firdaus Shakirin, pilihan tidak duduk serumah bukanlah ingin menjarakkan hubungan kekeluargaan tetapi pentingnya mengikuti ‘pantang larang’ di dalam agama Islam. 

Baca juga: Ingat! Ini Antara Sebab Allah SWT Hantar Insan-Insan Yang Menyakitkan Hati Dalam Hidup

BALIK KAMPUNG DAN AURAT SAUDARA-MARA

balik kampung

Gambar: Shutterstock/Odua Images

Bila ambil homestay, orang kata tak berdunia…Tak nak rapat silaturrahim lah, tak nak bergaul lah.

Nak duduk berkumpul dan berkampung dalam satu rumah pun tak ada masalah, asalkan yang perempuan ada biliknya khas untuk kaum hawa sahaja.

Aurat kaum hawa ini, kita kena jaga.

Baca juga: Begini Caranya Urus Kain Baju Menimbun Untuk Anak Ramai, Tips Dari Mak Kepada Para Emak!

Baca juga: “Jangan Ingat Kemas Beg Tu Senang”- Jangan Pertikai Tugas Isteri Bila Kemas Beg Balik Raya

Halangan wanita tidak boleh tidur di tempat sembarangan

Kaum lelaki sembang senang je…tidur ruang tamu lah, atas toto, atas sofa, atas buaian semua boleh. Bertuala pergi bilik air tak pakai baju pun selamba badak saja depan sepupu sepapat perempuan, depan ipar perempuan.

Perempuan tak boleh tidur ikut suka depan ruang tamu atas toto bercampur pula dengan lelaki-lelaki lain. Perempuan perlu ada privasi untuk tidur, untuk mandi sebab aurat.

Ini pantang larang agama.

Baca juga: Ini Tips Bersara, Baru Masa Depan Selesa & Terjamin, ‘Point’ No. 7 Tolong Elak!

Baca juga: Ibu Kongsi Set Keperluan Anak Untuk Bawa Travel, Balik Raya Pun Wajib Bawa!

Melainkan ada bilik untuk orang perempuan

Kalau nak tinggal dalam satu rumah, maka perlu ada bilik untuk dia. Kalau tak ada bilik, bilik yang ada dah disebat keluarga lain, dah dicop mereka, maka berakal bijaksanalah jika ada keluarga yang ambil homestay.

Benda mudah saja. Kena faham agama molek-molek saja. Kita sesama adik-beradik, tak ada masalah, yang masalah antara sepupu, antara ipar, antara biras. Mereka yang bukan mahram antara satu sama lain. Tak jadi isu kalau celik agama.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Cepat Langsai Loan Rumah, Tua Nanti Dah Tiada Hutang!

Sumber: Firdaus Shakirin

FT Image: booking.com  / Yoy.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×