Sekarang ni semua orang sedang dalam ‘mood’ nak menyambut Hari Raya dan semestinya tengah bersiap-sedia untuk mengemas beg pakaian untuk dibawa pulang ke kampung.
Tidak lupa juga set-set barang keperluan seperti ubat-ubatan, barnag mandian, makanan tambahan dan penjagaan kulit anak-anak. Justeru itu, jika anda masih pening kepala tak tahu nak bawa apa dan bagaimana untuk menyusun atur kelengkapan ini mari ikuti perkongsian idea oleh Puan Hazirah Maulana.
Baca juga: “Jangan Ingat Kemas Beg Tu Senang”- Jangan Pertikai Tugas Isteri Bila Kemas Beg Balik Raya
IBU KONGSI SET KEPERLUAN ANAK UNTUK BAWA TRAVEL, BALIK RAYA PUN WAJIB BAWA!
Esok daddy dah start cuti panjang. Nak bawak anak-anak berjalan. Ni la item paling penting bila tiap kali travel.
Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan apa, kadang-kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tetiba demam, batuk, selsema dan sebagainya.
Nak nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.
Kalau ada yang nak tengok checklist boleh refer gambar. Ada description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu-ibu nak nak tengah musim cuti-cuti ni.
Semoga bermanfaat.
KATEGORI MEDICAL KIT
Ni item must have yang ada dalam medical kit anak-anak saya.
1. TERMOMETER
Termometer paling penting. Sebelum ke mana-mana mesti make sure termometer ni berfungsi.
2. KOOL FEVER
Kool fever berfungsi untuk meredakan demam anak. Jangan letak kat kepala ya. Katanya nanti panas naik ke kepala. Ni just alternative dan kalau nak guna letak kat ketiak atau badan anak.
3. UBAT DEMAM
Ubat demam. Tarikh buka ubat jangan lupa tulis. 2 3 minggu lepas buka boleh buang dan beli yang baru.
4. JERSLIN OIL
Ni item penting sangat. Jerslin oil ni minyak serba guna. Sangat membentu kalau anak ada terkena sebarang gigitan serangga, luka-luka atau apa sahaja.
Kalau anak demam saya just sapukan jerslin oil ni di kepala, ketiak dan badan. Demam anak-anak cepat kebah. Kalau luka pulak, dia akan jadi cepat kering.
5. SANITIZER
Sanitizer ni saya guna untuk sembur pada kawasan luka supaya bakteria tak membiak.
6. DETTOL
Anak-anak kerap terkena sakit dekat kulit. Kalau agak-agak dah start tu saya akan titikkan pada besen mandian dan mandikan anak-anak guna antiseptic ni.
7. MINYAK GAMAT, PLASTER LUKA & HAND SANITIZER
8. MOZZIE PATCH
Ini sangat berguna untuk halau nyamuk atau serangga. Just lekat je kat badan anak.
9. UBAT LUKA ATAU EXZEMA
Ni khas untuk anak-anak bila diorang terkena luka atau exzema Firas menyerang.
10. UBAT BATUK
Ubat batuk mama dengan daddy dia nak tumpang, untuk baby dan bawah 6 tahun saya akan sapukan balm tasneem yang dalam skincare kit tu.
Balm tasneem CF rub membantu melegakan demam, batuk dan selsema anak-anak.
11. ELEKTRONIK NASAL ASPIRATOR
Elektronik Nasal Aspirator sangat membantu untuk sedut hingus anak-anak.
Saya suka sangat sebab mudah. Anak-anak selalu bila selsema diorang akan guna sendiri. Just tekan button dan siap ada lagu-lagu lagi.
KATEGORI PENJAGAAN KULIT
Lotion-lotion dan rutin setiap kali lepas mandi.
1. BALM & MINYAK ZAITUN
Balm tasneem sangat serasi untuk anak-anak saya.
Sleep time: membantu mood tidur
- CF Rub: membantu melegakan batuk, selesema
- T Rub : melegakan kembung perut dan sembelit
- Calm time: membantu anak-anak bila dia sedang meragam
Minyak zaitun untuk sapu pada rambut anak-anak.
KATEGORI SUPPLEMENT
Supplement untuk Ayra dan Firas.
Brown rice powder untuk Damia. Just bancuh je dengan air dan boleh terus makan.
KATEGORI BARANG MANDIAN
Ubat gigi, berus gigi, shampoo dan sabun mandi.
DAH SIAP SUSUN JANGAN LUPA MASUKKAN DALAM SATU BEG BESAR
Masukkan dalam satu beg.
Sumber: Facebook Hazirah Maulana