Famili

“Jangan Ingat Kemas Beg Tu Senang”- Jangan Pertikai Tugas Isteri Bila Kemas Beg Balik Raya

607
SHARES

Situasi yang sering-kali berlaku kepada isteri sewaktu membuat persediaan kelengkapan pulang beraya, sudah semestinya diserang sakit kepala kerana perlu memikirkan segenap perkara.

Sama situasinya seperti luahan seorang wanita yang dikongsikan oleh Fazzlan di Facebooknya. Wanita itu, meluahkan pelbagai ragam keluarganya yang menghiburkan hati apabila tiba waktunya mengemas beg pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga: “Toilet Tak Tutup Pun Jadi Punca Gaduh”- Ini 9 Kesalahan Bila Suami Isteri Sedang Berbincang

“JANGAN INGAT KEMAS BEG TU SENANG”- JANGAN PERTIKAI TUGAS ISTERI BILA KEMAS BEG BALIK RAYA

Bab kemas beg jangan bagi tekanan banyak benda kat kepala nak kena bawa hahaha kredit pada tukang taip kelakor ni.

JANGAN PERTIKAI APA ISTERI BUAT BILA BERKEMAS BEG

Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang. Lagi-lagi anak dah berderet-deret.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri. Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

MARI MULAKAN DENGAN KATEGORI BAJU

Gambar hiasan – Keluarga

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

  • Baju ni ada banyak jenis baju.
  • Baju balik kampung.
  • Baju untuk masak di malam raya.
  • Baju pagi raya.
  • Baju ke dapur pada hari raya.
  • Baju berjalan ke rumah saudara.
  • Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.

SABAR JAP BARU NAK MASUK BAB TUDUNG

Belum masuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis je.

  • Ada tudung sarung untuk ke dapur.
  • Ada shawl nak pakai pagi raya.
  • Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
  • Inner tudung.
  • Anak tudung.
  • Pin tudung.

PIN TUDUNG PUN BANYAK KELAS TAU

Gambar hiasan – Pinterest

Pin ni pun ada banyak kelas.

  • Pin kat telinga kena tajam.
  • Pin kat dagu kene kecik.
  • Pin kat bahu kena besar sikit.
  • Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
  • Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar hahaha.

BAJU ANAK-ANAK TAK DILUPAKAN JUGA

Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis.

  • Baju raya.
  • Baju bila dah tengah hari.
  • Baju tidur.
  • Baju ganti kalau baju raya dah comot.
  • Baju kalau tido dalam aircond.
  • Baju untuk turn tidur rumah yang takda aircond.
  • Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak. Kalau ada 5?6? hahaha.

PAKAIAN SUAMI PUN ISTERI TOLONG FIKIRKAN

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak. Bukan takat baju melayu je. Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.

Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni.

Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap haribulan boleh melengkung bumbung kereta.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak-anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

JANGAN RISAU KASUT PUN SAMA

Kasut?

  • Ha..ada kasut raya.
  • Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
  • Ada kasut kalau nak jalan jauh.

PANJANG LAGI SENARAI TU…KUIH RAYA & KELENGKAPAN MANDI

Gambar hiasan – Says

Hmmm. Fuh! Itu sahaja. Itu sahaja? Belummm. Kuih raya, kerepek raya, kek lapis, kek coklat, serunding, dodol.

Ha mandi macam mana mandi. Sabun mak, sabun anak, sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa-apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Tak ada nak main sebat sahaja orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya haha.

Ha ok cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha. Eh…ada lagi!

TANPA ALAT SOLEK TAK BERSERILAH DI PAGI RAYA

Barang make-up. Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak, deodoran aih semualah. Ketip kuku pun dia bawak, cotton bud dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu hehe.

ADA LAGI PERALATAN LAIN, SABAR JELAH

Charger handphone. Itu kalau dia tak ingat memang takda la bercaj handphone tu karang.

Dan… Dia siap ada plan kontigensi.

Bawak panadol, minyak angin, blood pressure meter, home thermometer, mopiko, tiger balm. Takut anak demam lah takut anak kena gigit sengkenit lah. Macam-macam.

Jarum jahit pun ada, benang dan gunting. Takut tertetas jahitan dekat ketiak ke tercabut butang baju raya anak ke. Ha okay, ada dah semua. Fuhhh! Legaa. Ok zip beg!

SUAMI PULA BUAT APA YA?

Suami kerjanya apa? Angkat sahaja beg banyak-banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap apa-apa. Angkat, susun dan senyum.

Kredit Via Izyan Izdihar Shaarani

TIPS ‘PACKING’  BARANG KELENGKAPAN PULANG BERAYA, TAK PERLU BAWAK ‘SELORI’ BEG!

Gambar hiasan – Sirap Limau

Nak tahu tak tips ‘packing’ barang kelengkapan pulang beraya? Tak perlu nak pening kepala kalau anda mengikuti tips ini. Daripada kelengkapan pakaian raya hinggalah ke keperluan lain yang disangka tidak diperlukan tetapi begitu penting.

Sesuai guna tips ini jika berada di kampung berhari-hari. Tambah pula, yang mempunyai keluarga besar sangat mencabar ya. Jadi, jika anda ingin mengetahui tips ‘packing’ barang kelengkapan pulang beraya tanpa bawa beg ‘selori’ dengan lebih lanjut, jangan lupa tekan pautan di sini.

Walaupun, tips tersebut digunakan untuk pergi melancong tetapi konsepnya masih sama dan sangat membantu. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Fazzlan via PerakAjerr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×