DIY & Kraf

Tak Payah Bawa Beg ‘Sekampung’, Ini Tips Packing Jimat Ruang Untuk Bercuti Walaupun Anak Ramai

27.1K
SHARES

Nampaknya semakin ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah mula membawa anak-anak pergi bercuti. Maklumlah, sekarang kita tidak boleh melancong ke luar negara jadi melancong di dalam negara sudah memadai. Namun, setiap kali nak pergi bercuti pasti ada sahaja masalah dalam mengemas barang tidak kira dari segi pakaian atau barang keperluan. Tambah pula kalau ada anak-anak yang ramai, betul tak?

Jadi, ibu ini kongsikan tips ‘packing’ barang dari pakaian sehinggalah ke barang keperluan yang kita sangka tidak diperlukan tetapi penting. Dengan adanya tips sebegini, mudah untuk ibu terutamanya menyusun atur barang keperluan anak dan tak payah bawa beg yang terlampau banyak!

#siocatips : Tips packing untuk bercuti

Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.

Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.

Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan.  Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ni tips ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.

1.Yang asasnya ada 3 beg ini

– Beg besar untuk baju

– Beg kecil selain baju

– Beg belang untuk toiletries

2.Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.

Beg kanan sekali tu ada telekung, sejadah, toto dan selimut tambahan.

3. Dalam beg belang ada

– beg toiletries

– beg bersiap

Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.Beg bersiap pula dari Mr Diy.Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.

4. BOTOL SABUN DAN SYAMPU

Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.

5. BEKAS BERUS GIGI

Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.

6.PLASTIK BUANG DIAPERS

Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.

7. BARANG BERSIAP

Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy

8. Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni

9.BEKAS MINYAK RAMBUT & SAIZ TRAVEL

Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already

10. Beg makanan (merah) dan minuman (biru)

Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

11. Barang dalam beg makanan

Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.

Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.

✅ Beg beras

Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu.Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.

✅ Periuk nasi travel

Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum. Beli di Shopee.

✅ Sudu siap bekas beli di Mr Diy

✅ Alas makan

Guna alas ni senang kemas, konsep macam saprah. Beli di Shopee.

✅ Suplemen wajib

✅ Beg membasuh

Selain tu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.

✅ Penyapu mini

Kadang hotel tak ada penyapu kan, asyik panggil room service nanti ngamuk lak depa, bawa sendirilah senang. Sikit lagi kakak bawa mop.

✅ Plastik sampah

12. Beg swimming

13. Ada 4 beg ni untuk anak-anak

Sorang satu beg dan setiap beg ada:

– 1 tuala mini

– 1 baju swimming

– 2 hanger

Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.

14. Folded hanger

15.TALI PENGGANTUNG

Kalau perlu membasuh, saya akan bawa sabun, berus, dan tali penggantung ni untuk menyidai. Kalau pergi umrah, boleh cuba tips ni sebab kos dobi di sana agak mahal.

Keadaan susunan beg di hotel

Susunan dalam kereta

Beg makanan/minuman di depan

Beg swimming dalam bonet

Habis minimum dah packing ni. Kalau kena camping, kakak pengsan!

Sumber: Susun Atur Sioca

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×