Asam garam kehidupan sebagai suami isteri tidak lengkap sekiranya tiada situasi pergaduhan akibat tidak sependapat. Kebijaksanaan pasangan menyelesaikan dan berurusan dengan masalah amatlah penting. Hal ini kerana, tiap kesalahan pasangan bila berbincang boleh mencetuskan percikan api pergaduhan yang membawa kepada pergolakan sekiranya tidak berjaya dikawal.
Menurut Puan Wawa Shauqi, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pasangan ketika berbincang yang boleh membawa kepada pengakhiran yang tidak ‘enak’. Mari lihat senarai kesalahan di bawah.
Baca juga: ‘Satu Badan Sejuk’- Ibu Kongsi Kisah Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tapi Tiada Gejala
“TOILET TAK TUTUP PUN JADI PUNCA GADUH”- INI 9 KESALAHAN BILA SUAMI ISTERI SEDANG BERBINCANG

Gambar hiasan: Google.
Saya dan suami, dah masuk tahun ke 10 perkahwinan.
3 FASA UTAMA DALAM ALAM PERKAHWINAN
Orang kata, alam perkahwinan ni ada 3 fasa utama :
1. FASA BULAN MADU
Masa ni, kita akan belajar jatuh cinta kat bau kentut pasangan, rasa comel bila nampak bulu hidung dia terkeluar dan terhibur dengan dengkurannya.
2. FASA POWER STRUGGLE
Waktu ni kita akan mula sedar hakikat sukarnya hidup dengan orang yang lain spesis. Toilet tak tutup atau tuala tak sidai pun boleh jadi punca gaduh
3. FASA STABIL
Kita dah mula menerima pasangan sebagai individu. Dan hormat dengan perbezaan yang dia miliki. Dah redho kalau nampak buruk pasangan. Nak bergaduh benda kecik pun rasa buang masa.

Gambar hiasan: Google.
Tapi jujur saya cakap. Kami lalui fasa 2 tu dalam tempoh yang agak lama. Bergaduh tu dah kira jadi hobi. Payah nak jumpa waktu yang kami berdua boleh mesra main laga-laga hidung, balas genyit mata atau senyum-senyum manja.
Part paling susah bagi saya dalam perkahwinan kami adalah BERBINCANG. Nak cakap pasal isu kecik tu, kadang peram berbulan-bulan. Sebab tau, bila dibangkitkan, boleh jadi perang.
Syukurlah saya ni rajin bukak IKIM. Antara slot favorite saya adalah slot motivasi perkahwinan. Dengar je suara Tuan Fadzli Aziz , auto button volume plus tu saya tekan berkali-kali.
Banyak sangat tips yang beliau bagi sangat berkesan. Sangat powerful. Tak sangka kenapa selama ni tak terfikir. Walaupun masa awal dengar tu, terasa sakit batang hidung rasa dipukul bertubi-tubi.
KESALAHAN PASANGAN BILA BERBINCANG, ADA 9 PERKARA SERING DILAKUKAN
Paling penting, saya dah jumpa 9 kesalahan utama yang buat saya dan suami selalu stuck kat Fasa 2 dulu.
Cuba korang pulak cek, antara 9 kesalahan tu, mana yang paling rajin kita buat. Mudah-mudahan, bila dah faham sebabnya, lebih mudah kita nak cari titik perubahan yang impactful dan wonderful untuk kita dan pasangan.
1. BERBINCANG SEMASA EMOSI
2. TIDAK SELIDIK KESALAHAN PASANGAN
3. BERTENGKAR DI HADAPAN ANAK
4. MULAKAN DENGAN AYAT TUDUH
5. MULAKAN DENGAN AYAT ‘AWAK TAK PERNAH’
6. SERANG KEPERIBADIAN BUKAN KESALAHAN
7. LARI ATAU KELUAR DARI RUMAH
8. MENGADU MASALAH KEPADA ORANG LUAR
9. MENGGUNA ATAU MEMBALAS DENGAN SUARA YANG TINGGI
Dapat dirumuskan, sebagai suami isteri, amalkan lah sikap saling bertoleransi antara pasangan. Ingat! Jangan sampai api pergaduhan marak sehingga tidak dapat dipadamkan kerana ia mungkin membuatkan anda berasa menyesal sepanjang hayat.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi