Famili

‘Satu Badan Sejuk’- Ibu Kongsi Kisah Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tapi Tiada Gejala

141
SHARES

Kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba, terutamanya anak yang dikandung selama 9 bulan yang hanya sempat merasa kasih sayang keluarga selama 4 bulan 2 hari sangat memeritkan. Ibu mana yang tidak bersedih, anak yang pergi pula tidak dapat diurusi urusan pengebumiaannya kerana setelah itu dia disahkan positif Covid-19 pula.

Peristiwa dukacita ini dikongsikan sendiri oleh ibu kepada bayi syurga tersebut iaitu Puan Aainaa Mazlan. Melalui coretan itu, puteri kecilnya pergi menghadap Ilahi akibat Covid-19 tetapi tidak mempunyai sebarang gejala.

Baca juga: Peguam Syarie Kongsi 7 Hak Diri Sebagai Isteri, Jangan Sampai Terlepas Pandang!

‘SATU BADAN SEJUK’- IBU KONGSI KISAH BAYI 4 BULAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19, TAPI TIADA GEJALA

Assalamualaikum. Saya nak share sikit tentang kematian anak saya yang baru 4 bulan 2 hari. Meninggal pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan 12 April 2022 jam 6.47pm.

Ramai yang tanya kenapa atau sebab apa meninggal dan ada juga yang assume macam-macam tentang kematian anak syurga saya. Okay let me explain. Bismillahirrahmanirrahim!

12 April 2022, pagi tu saya bawa anak saya yang sulong dan baby pergi kedai makan mak saya. Untuk beli barang-barang tempahan gift box kuih raya. Ibu teman saya pergi beli dan dia tolong jagakan anak-anak dalam kereta masa itu.

Masa ibu jaga dalam kereta baby ok siap main dengan nenek, video call dengan atuk sekali. Dia cakap-cakap bahasa baby dia. Dalam pukul 12 macamtu saya dan anak-anak balik rumah macam biasa.

Bagi anak sulong main dengan baby kejap sebelum dia tidur. Baby active macam biasa, takde sakit, tak demam, tak menangis atau merengek.

Selepas itu baby dengan abang tidur. Nak dijadikan cerita masa pukul 5 petang saya tengok dia masih tidur so ingat dia penat lah. Saya terus ke dapur kemas-kemas sikit. Selepas 30 minit saya tengok balik nak kejut bagi susu, bila angkat je dia tiada respon…

BAYI TIBA-TIBA TIADA RESPON…

Dalam hati (mengucap banyak kali) terkedu. Keep kejut but still no response. Mata dia pun sebelah tertutup dan satu badan sejuk.

Saya, suami dan anak sulong terus bawa ke klinik berdekatan since masa tu orang tengah prepare nak berbuka so takut jalan jem. Sampai je klinik, doc suruh buat CPR dekat anak saya sementara dorang tengah tunggu ambulans sampai.

So they keep call semua hospital private yang berdekatan but no one yang nak terima pesakit yang dalam keadaan tak sedar diri. Allahu berat betul ujian kami sekeluarga. And they said hospital gov je yang boleh…

WHAT ? Orang tengah memerlukan bantuan tapi dorang tak terima. Ok fine. Masa ini call hospital Sungai Buloh yang paling dekat dengan rumah saya di Kota Damansara. Pihak sana pun hantar ambulans ke klinik yang saya berada.

Sementara tunggu ambulans around 15 min, we keep CPR & doc cakap “no pulse”.

Doc keep mention “keep doing CPR, baby no pulse” “no pulse” berulang kali. Allah rasa macam kosong sangat masa itu.

15 min kemudian, ambulans sampai dan terus ke hospital Sungai Buloh. Dalam perjalanan ke sana, baby dapat oxygen & masa itu baby buka mata, ada nadi (dalam hati alhamdulillah).

Siap tanya baby masih ada nadi kan? Dorang cuma jawab “sabar puan, nanti sampai hospital kami cuba sedaya yang mungkin”.

PUTERI AURELIA SEGERA DIMASUKKAN KE UNIT RAWATAN RAPI (ICU)

Sampai-sampai je terus masuk ICU dan saya kena tunggu kat luar. Masa sampai dalam pukul 6.10pm. Tunggu punya tunggu, ada beberapa doc keluar dan bagitau.

Doc: Ada sesiapa yang positive covid ke kt rumah?

Saya: Takde doc. Kami dah buat test kit 3-4 hari berturut-turut tapi negative…

Doc: Kami buat swab test untuk baby & dia positive covid.

Saya: Allahuakbar! (Dalam hati macam mana boleh kena).

BAYI DISAHKAN MENINGGAL DUNIA & POSITIVE COVID, TAPI TIDAK BERGEJALA

Untuk makluman baby tiada symptom langsung, tiada demam, tiada batuk, tiada selsema, semua sakit tiada. Elok sihat dan ceria.

Selepas itu, dalam pukul 6.47 pm ada sorang doc keluar lagi panggil saya. Dia cakap baby dah meninggal. Dorang cuba selamatkan, dah pelbagai cara tapi tak boleh juga.

Menangis terduduk kat ICU tu.

Allahuakbar mak mana tak sedih anak yang baru jaga 4 bulan 2 hari tapi Allah lebihkan sayang anak syurga kami. Allah uji kami sekeluarga. Kami redha atas pemergian puteri kami Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Al-fatihah buat anak mama.

Mudahnya pemergian anak syurga mama ni. Tenang setenangnyaa awak pergi. Allahu Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab permudahkan urusan Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Sayangnya Allah dengan bidadari kecil ini tanpa dosa ibarat kain putih pulang ke negeri abadi.

Berbahagialah sayang dengan kawan-kawan awak. Tunggu mama, papa dan abang Aidan dipintu syurga ya. Kita terpisah sementara didunia. Di akhirat InsyaAllah kita bersama selamanya. Mama, papa, abang Aidan dan Aurelia akan hidup bahagia di alam sana nanti. Ameen.

IBU & ANAK SULONG POSITIF COVID-19, TIDAK DAPAT MENGIKUTI URUSAN PENGEBUMIAN

Kebumi pada keesokan harinya 13 April 2022 disebabkan banyak procedure untuk pesakit covid meninggal. Tapi paling sedih pagi sebelum pergi ke hospital kami satu family pergi klinik buat test & saya dengan anak sulong (abang Aidan) positive covid juga. 

So urusan pengecaman mayat, mandikan jenazah (tayammum je sebagai pesakit covid) sepatutnya saya dan suami pergi tapi suami saya je boleh sebab dia result swab test negative. Saya tak boleh untuk semua tu untuk kali terakhir anak mama.

Alhamdulillah selesai pengebumian anak kami. Allah permudahkan urusannya. Cepat sangat, cuaca pun mendung sebelum berbuka dah selesai. Syukur suami dan ayah saya dapat uruskan sampai ke liang lahad walaupun dengan keadaan full PPE. Hanya beberapa orang saja yang boleh untuk kebumikan.

Al-Fatihah buat bayi syurga, Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Salam takziah buat puan sekeluarga, semoga tabah dan kuat menjalani ujian daripada-Nya.

Sumber: Twitter Aainaa Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×