Nur

Baru Je Sembuh Covid-19 Tapi Risau Dijangkiti Lagi Ketika Solat Tarawih? Ini Jawapan Doktor

4
SHARES
cara solat tarawih

Memasuki fasa endemik, nampaknya Ramadan kali ini umat Islam di Malaysia sudah boleh mengerjakan ibadah solat tarawih tanpa penjarakan fizikal di masjid. Namun, pemakaian pelitup muka atau face mask masih lagi wajib bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang sudah pernah dijangkiti Covid-19 risau kebarangkalian akan dijangkiti sekali lagi semasa pergi mengerjakan solat tarawih di masjid. Bagi mengelakkan kerisauan ini berpanjangan, ini penjelasan pakar mengenai isu jangkitan wabak tersebut. Barulah rasa tenang sahaja nak solat nanti!

Baca juga: Solat Terawih Sambil Baca Surah Dalam Telefon Bimbit, Batal Jika Terbaca ‘Notification’ Lain!

BARU SEMBUH COVID-19 TAPI RISAU DIJANGKITI KETIKA SOLAT TARAWIH?

solat tarawih

“Doktor, saya baru ja kena Covid minggu lepas, semalam baru habis kuarantin. Jadi kan boleh tak kena lagi dalam masa terdekat ni? Kot la pi terawih tiba tiba kena balik ka kan.”

Natural antibodi covid yang dapat dari jangkitan covid tu boleh bertahan 3 bulan ke beberapa tahun, mengikut kekebalan individu tu sendiri dan jenis variant yang dia kena. Ada kajian kata, antibodi yang dapat dari variant omicron ni tak bertahan lama berbanding kalau dapat variant delta yang lebih mengganas.

Jadi katakanlah kalau kena lagi dalam masa kurang daripada 3 bulan, itu bukanlah jangkitan baru, cuma kesan lama yang masih belum habis. Ada juga yang kena lagi sekali dalam masa kurang daripada 3 bulan jika terkena variant covid yang lain.

Sebab tu ada sesetengah individu yang dah kena jangkitan covid ni, kalau kita buat pcr, pcr dia boleh positif sampai ke 3 bulan. Ada yang 2 minggu dah clear, negatif. Bergantung kepada kekebalan dan variant coronavirus yang dia dapat.

TAK BOLEH MENJANGKITI ORANG LAIN

PCR positif sebab serpihan DNA virus masih bersisa dalam badan. Tapi jangkitan dah sembuh dan dah tak boleh menjangkiti orang lain. Kekebalan imuniti setiap individu memang takkan sama.

Contohnya, kanak kanak ada imuniti lebih kuat sedikit berbanding orang tua yang ada penyakit. Sebab tu biasanya kalau budak budak yang tak ada penyakit kena covid, sehari dua sihat dah, terlompat loncat sana sini. Tapi tak boleh pukul sama rata juga, ada budak yang ada penyakit terutama berkaitan paru paru, jantung, buah pinggang, mereka boleh menjadi teruk. Dan paling risau adalah komplikasi iaitu MIS-C; kerosakan pelbagai organ akibat daripada Covid19.

Covid di kalangan kanak kanak ni masih dalam kajian. Bukan hanya disebabkan oleh imuniti badan mereka sahaja buatkan sesetengah kanak kanak yang tak ada simptom atau simptom sekejap sahaja. Jika ada dah positif dan habis kuarantin, tapi masih bergejala ( even sakit tekak biasa sekalipun), silalah keep on pakai face mask bila keluar dari bilik/ rumah anda.
Kita masih belum endemik lagi. Jauh lagi perjalanan kita dengan covid ni.

Tapi InshaAllah kita dah boleh terbiasa jaga diri ( pakai face mask, buat test kalau tak sihat, tak peluk cium orang kalau tak sihat, keep on hand sanitizing) Yang penting, jadilah sihat, comel dan baik. Rasanya sekarang ni macam semua orang dah ada pengalaman kena covid, yang belum kena tu sama ada tak periksa betul betul atau kira spesis rare la.

Sumber: Dr. Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×