Nur

Solat Terawih Sambil Baca Surah Dalam Telefon Bimbit, Batal Jika Terbaca ‘Notification’ Lain!

178
SHARES

“Nak pergi masjid ramai orang, terawih di rumah pula tak ingat surah…”

Jangan risau, sebenarnya anda boleh menggunakan medium telefon bimbit untuk membaca surah ketika mengerjakan solat. Namun, perlu diingatkan bahawa bila sudah menggunakan telefon bimbit, pasti akan ada sahaja notifikasi yang lain seperti Facebook dan Whatsapp yang akan masuk ketika anda solat bukan? Hati-hati kerana perbuatan membaca notifikasi tersebut boleh membatalkan solat anda.

BOLEH BACA SURAH SOLAT DALAM TELEFON PINTAR TAPI JANGAN TERBACA MESEJ LAIN

Kalau anda sembahyang Tarāwīh di rumah dan tak hafal banyak ayat Qur’ān, boleh sahaja baca dari mushaf, samada mushaf bercetak atau mushaf elektronik dalam telefon pintar anda.Asal jangan ‘terbaca’ pemberitahuan mesej, WhatsApp dan menatal media sosial sudahlah. Batal sembahyang!

Penerangan ini juga menimbulkan beberapa lagi soalan berkaitan tentang hukum dan cara yang tidak membatalkan solat.

MATIKAN DAHULU INTERNET TELEFON

Beliau turut menjelaskan bahawa untuk mengelakkan perkara ‘terbaca’ adalah dengan mematikan dahulu segala internet supaya tidak terganggu dengan pemberitahuan telefon yang masuk.

Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanya jika tidak menggunakan telefon bimbit, boleh atau tidak untuk menggunakan Al-Quran dan dimana untuk meletakkannya.

Sumber: Mohammad Faeez Harith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×