Famili

Elak Bawa Kanak-Kanak Ke Bazar Ramadan, Risiko Jangkitan Covid-19

26
SHARES

Seperti mana kita tahu umat Islam sudah menyambut bulan Ramadan pada semalam. Selain terawih bersama keluarga antara aktviti dinantikan pastilah mengunji bazar Ramadan. Pelbagai juadah enak boleh dibeli dan dinikmati ketika berbuka bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, ibu bapa dinasihati supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan. Hal ini untuk mengelakkan mereka terdedah wabak Covid-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Baca juga: Niat Puasa Ramadan Harian & Sebulan, Lengkap Bahasa Rumi & Arab

ELAK BAWA KANAK-KANAK KE BAZAR RAMADAN

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.

“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.

“Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital,” jelasnya.

Selain itu, Dr Noor Azmi juga memberitahu tempoh kuarantin dipendekkan dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.

“Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan COVID-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama,” ujarnya.

Sumber: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×