Nur

Niat Puasa Ramadan Harian & Sebulan, Lengkap Bahasa Rumi & Arab

27
SHARES

Tidak lama lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan ia merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan.  Niat Puasa Ramadan merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadan.

Hukumnya adalah wajib. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa. Berikut adalah lafaz niat puasa harian dan puasa sebulan yang boleh dibacakan bermula malam 1 Ramadan.

Baca juga: Lengkap Pelbagai Fungsi Canggih, Aplikasi Waktu Solat Malaysia Pilihan Utama Muslim!

NIAT PUASA RAMADAN HARIAN & SEBULAN LENGKAP BAHASA RUMI & ARAB

niat puasa ramadan harian sebulan

Waktu niat berpuasabermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Harian)

niat puasa harian ramadhan

Bahasa Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Sebulan)

Niat puasa sebulan ramadhan

Bahasa Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

niat puasa ramadan harian sebulan

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, berikut adalah pendapat yang perlu kita tahu:

MAZHAB SYAFI’IE: Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB MALIKI: Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.

MAZHAB SYAFI’IE: Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.

Jadi seeloknya kita buat kedua-duanya.

DOA BUKA PUASA

Semoga bulan Ramadan kali ini memberi seribu keberkatan dalam hidup kita dan menjadi titik permulaan untuk melakukan kebaikan. Selamat berpuasa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×