Nur

Dah Niat Puasa Sebulan Tapi Datang Haid, Niat Kena Baca Semula Atau Masih Sah…

2
SHARES
NIAT PUASA SEBULAN

Di media sosial, terdapat beberapa soalan mengenai status niat puasa sebulan di mana perlu di baca semula atau tidak sekiranya sudah habis haid.

Perkara ini sudah diulas oleh Dr Zulfikli Mohamad Al-Bakri dengan lebih lanjut agar para wanita di luar sana mendapat jawapan yang tepat.

Baca juga: 2 Ayat Ini Jangan Letak Dalam Kad Jemputan Kahwin, Boleh Jadi Dosa Kering!

NIAT PUASA SEBULAN KENA BACA SEMULA LEPAS HABIS HAID?

NIAT PUASA SEBULAN

“Jika sudah niat puasa sebulan, kemudian datang haid. Perlukah ulang semula niat puasa selepas suci?”

Sebelum tu, semua harus faham dalam mazhab Syafie wajib untuk niat puasa di setiap malam. Hanya dalam mazhab Maliki sahaja yang niat puasa sebulan itu sudah mencukupi.

Oleh kerana itu kita wajib niat setiap malam. Tapi ulama juga mengajarkan kita boleh juga niat sebulan hanya sebagai back up sahaja kalau kita terlupa satu malam untuk niat.

Ramai di antara ulama mazhab Syafie menghukumkan sunat juga berniat puasa sebulan dengan bertaqlid kepada Mazhab Maliki.

Antara mereka adalah Syeikh Ibn Hajar al-Haitami, Syeikh Zainuddin al-Malibari, Syeikh Ibrahim al-Birmawi dan ramai lagi.

Ada dua faedah bagi mereka yang niat sebulan:

1. Sah puasa bagi hari jika dia lupa berniat pada malamnya di sisi Mazhab Maliki.

2. Akan dapat pahala puasa yang sempurna seandainya dia meninggal dunia sebelum sempurna bulan Ramadhan kerana niatnya.

Baik untuk menjawab soalan di atas. Andai kata bagi wanita pula yang sudah niat sebulan lalu datang haid. Atau pun orang yang sakit dan terpaksa tak boleh puasa atau musafir. Adakah ia akan menjejaskan niat sebulan itu?

Mengikut pendapat jumhur dan mazhab al-Syafie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa

Sumber: Facebook Nukilan Faqirah & Maktabah Al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×