Nur

12 Jenis Puasa Dalam Islam Berserta Niat Yang Boleh Diamalkan, Boleh Tambah Ladang Pahala

3
SHARES
JENIS PUASA

Dalam Islam, terdapat pelbagai jenis puasa yang boleh diamalkan untuk menambah pahala. Setiap puasa yang dilakukan perlu dimulakan dengan niat sebagai tanda keikhlasan hati melaksanakan ibadah tersebut kerana Allah SWT.

Jadi, penulis kongsikan jenis puasa berserta niat yang perlu diketahui agar anda dapat melaksanakannya dengan betul selain mengikut syariat ditetapkan.

Baca juga: Baca Doa Israk Mikraj Pada Malam 27 Rejab Hari Ini, InsyaAllah Dimakbulkan OlehNya…

JENIS PUASA DAN NIAT ANDA KENA TAHU

JENIS PUASA

Kredit: Freepik

Berikut adalah beberapa jenis puasa yang biasa diamalkan dalam Islam bersama niatnya dalam rumi:

1. Puasa Ramadan

Wajib dilakukan pada bulan Ramadan.

Niat: “Nawaitu sauma ghadin ‘an adaai fardhi syahri Ramadhana hadzihi sanati lillahi ta’ala.” 

(Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.)

2. Jenis puasa – ganti

Mengganti puasa Ramadan yang ditinggalkan.

Niat: “Nawaitu sauma ghadin ‘an qadaa-i fardhi Ramadhana lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menggantikan fardu Ramadan kerana Allah Ta’ala.)

3. Niat puasa ganti Ramadan beserta niat puasa 6 Syawal

Niat: “Nawaitu sauma ghadin ‘an qadha’i ramadana wa sunnatin min syawwal lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala.)

4. Jenis puasa – nazar

Puasa yang wajib dilakukan kerana bernazar sesuatu perkara.

Niat: “Nawaitu sauma ghadin nazran lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana nazar kerana Allah Ta’ala.)

5. Puasa Isnin dan Khamis

Niat: “Nawaitu sauma sunnata yaumal isnaini (aw khamiisi) lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat pada hari Isnin (atau Khamis) kerana Allah Ta’ala.)

6. Jenis puasa – Hari Putih (Ayyamul Bidh)

Melakukan puasa pada setiap 13, 14, dan 15 bulan hijrah.

Niat: “Nawaitu sauma ayyamil bidh lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa pada hari-hari putih kerana Allah Ta’ala.)

JENIS PUASA

7. Puasa Muharam (Hari ‘Asyura 10 Muharam)

Niat: “Nawaitu sauma yaumi ‘asyura sunnatan lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura kerana Allah Ta’ala.)

8. Jenis puasa – Tasu’a (9 Muharam)

Niat: “Nawaitu sauma yaumi tasu’a sunnatan lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat hari Tasu’a kerana Allah Ta’ala.)

9. Puasa Syawal

Melakukan puasa enam hari pada bulan Syawal.

Niat: “Nawaitu sauma ghadin ‘an adaai sunnati Syawwaali lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari daripada sunat Syawal kerana Allah Ta’ala.)

10. Jenis puasa – Arafah

Berpuasa pada 9 Zulhijjah.

Niat: “Nawaitu sauma yaumi ‘Arafah sunnatan lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala.)

11. Puasa Sunat Syaaban

Niat: “Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana Allah Ta’ala.)

12. Puasa Bulan Rejab

Niat: “Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala.”

(Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah Ta’ala.)

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Adab Makan Sambil Bercakap Sebenarnya Sunnah? Ini Penjelasan Ustaz…

Sumber: My Sumber

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×