Tular di media sosial mengenai jawapan pelakon drama Andai Tiada Dia, Zahiril Adzim yang menyatakan hukum tentang adab makan sambil bercakap.
Menerusi jawapan yang diberikan, rata-rata warganet masih tidak tahu tentang sunnah tersebut sehingga ada yang menganggap salah.
Baca juga: Empat Jenis Mandi Wajib Perempuan Kena Ambil Tahu & Berserta Niat Dalam Rumi
ADAB MAKAN SAMBIL BERCAKAP, USTAZ JELASKAN HUKUMNYA
Perkara ini turut mendapat perhatian Dr Ustaz Rozaimi Ramle dan beliau menjelaskan adab makan sambil bercakap adalah benar kerana ada dijelaskan dalam hadis.
Di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan Jabir, katanya:
Maksudnya: “Nabi SAW meminta kepada ahli keluarganya lauk. Mereka menjawab: ‘Kami tidak mempunyai lauk melainkan cuka.’ Lalu, Baginda meminta supaya dibawakan kepadanya cuka itu dan Baginda pun memakannya sambil bersabda: ‘Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka.” Riwayat Muslim (2052)
Selain itu, Dr Rozaimi menjelaskan Imam Nawawi berkata hadis tersebut menunjukkan tindakan bercakap ketika sedang makan amat digalakkan kerana ia boleh mewujudkan kemesraan ketika makan.
“Islam sangat mengalakkan agar berhimpun untuk makan bersama-sama. Kalau diam sahaja, tidak begitu seronok sesi makan itu. Kita bercakap-cakap untuk memberikan kemesraan macam yang biasa kita buat dengan kawan,” ujarnya.
Seterusnya, adab makan sambil bercakap juga digalakkan kerana anda boleh menceritakan kisah-kisah orang soleh berkaitan makanan dan lain-lain.
Imam al-Nawawi menukilkan kenyataan Imam al-Ghazali dalam al-Ihya’ bahawa termasuk dalam adab-adab makan adalah bercakap perkara baik semasa makan dan bercerita tentang kisah orang-orang soleh berkaitan makanan dan lain-lain. (Lihat al-Azkar, hlm. 392)
Kesimpulannya, adab makan sambil berbual atau bercakap tidak dilarang dalam Islam sebaliknya dianjurkan dan disunatkan.
Berbual perkara baik ketika makan dan tentang kisah orang soleh pastinya akan menjadikan suasana lebih menyeronokkan sesama Muslim selain mengeratkan lagi ukhuwah untuk saling mengingatkan tentang kebaikan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik