Nur

Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik

6
SHARES
LANTAI MASJIDIL HARAM

Pernah tak anda terfikir, lantai Masjidil Haram sentiasa sejuk meskipun dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menjadikkannya unik berbanding lantai biasa.

Segelintir jemaah turut menyatakan bahawa terdapat penyaman udara di bawah lantai tersebut namun maklumat tersebut adalah tidak betul.

Baca juga: Warna Baju Raya Bakal Trending Di Pagi Syawal 2025, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Anda?

INI RUPANYA SEBAB LANTAI MASJIDIL HARAM SENTIASA SEJUK

LANTAI MASJIDIL HARAM

Jawapan sebenar lantai Masjidil Haram sentiasa sejuk walaupun cuaca panas terik adalah seperti berikut:

1. Penggunaan marmar khas (Thassos Marble)

Lantai Masjidil Haram menggunakan marmar istimewa yang dikenali sebagai Thassos Marble, yang diimport dari Yunani dan jarang ditemui.

Batu marmar Thassos atau turut dipanggil marmar “putih salji” ini mempunyai kadar penyerapan haba yang paling rendah antara kesemua jenis batu marmar.

2. Kualiti jubin

Batu itu telah digali dari pulau tersebut sejak zaman purba, dan sehingga kini masih lagi aktif. Harga sekeping jubin boleh mencecah antara USD250 (RM1117) hingga USD400 (RM1787) setiap meter per segi.

Pengunaan batu marmar ini telah membentuk dinding, lantai dan patung untuk beberapa tapak terhebat dalam sejarah termasuk makam Macedonia purba di Amphipolis (yang terbesar pernah ditemui di Greece) dan Hagia Sophia di Istanbul.

Setiausaha Agung bagi hal ehwal teknikal, operasi dan penyelenggaraan di Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Eng. Fares Al-Saedi, memberitahu bahawa marmar Thassos dapat mengekalkan kesejukan ketika panas terik walaupun suhu pada ketika itu adalah 50 hingga 55 darjah Celsius.

3. Memiliki ciri unik

Lantai Masjidil Haram sejuk kerana batu marmar jenis Thassos memiliki ciri unik berbanding batu lain. Permukaannya yang berkilau dan licin mampu memantulkan cahaya dengan baik selain , memberikan kesan cerah pada ruang.

Marmar ini juga terkenal dengan kehalusannya di mana ia mampu membuatkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih minimalis dan eksklusif.

Kajian yang dilakukan menemukan marmar Thassos memiliki daya tingkat refleksi sinaran matahari yang tinggi dan peningkatan termal yang tinggi dibandingkan dengan batu kapur iaitu batu lain yang lazimnya digunakan dalam seni bina Islam.

Baca juga: Bayaran Haji Untuk Jemaah B40 & M40 Naik Sebanyak 20% Untuk Tahun 2025

Sumber: Arab News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×