Famili

Cara Mohon E-Rebat Sehingga RM400 Untuk Perkakas Elektrik Cekap Tenaga

1
SHARES
perkakas elektrik

Program SAVE 4.0 bertujuan untuk memberi e-rebat sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) dengan pembelian perkakas elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.

Program ini bermula pada Disember 2023 sehingga Disember 2024. Program ini juga akan memberi manfaat kepada 250,000 isi rumah.

Baca juga: Cara Semak Permohonan STR 2024 Fasa 1, Lulus Atau Gagal?

CARA MOHON E-REBAT SEHINGGA RM400 UNTUK PERKAKAS ELEKTRIK

perkakas elektrik

Kelayakan untuk memohon e-rebat sehingga RM400 adalah:

– Warganegera Malaysia

– Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar domestik di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SABAH ELECTRICITY SDN. BHD. (SESB), SARAWAK ENERGY BERHAD (SEB) DAN NUR POWER SDN. BHD.

– Pembelian peralatan elektrik kecekapan tenaga dengan label 4 dan 5 bintang.

– 1 akaun bil elektrik sahaja layak memohon 1 e-rebat untuk setiap peralatan elektrik yang dinyatakan.

Kelayakan boleh disemak di sini: https://save.seda.gov.my/publics/check

Terdapat dua cara untuk memohon e-rebat ini. Cara pertama adalah dengan membeli secara terus di kedai peralatan elektrik terpilih dan membeli secara atas talian.

Cara pembelian dan penebusan di kedai atau pasar raya berdaftar:

1. Bawa kad pengenalan dan bil elektrik rumah.

2. Pilih model penghawa dingin atau peti sejuk. Pastikan mempunyai 4 atau 5 bintang.

3. Peniaga akan membantu mengesahkan kelayakan berdasarkan bil elektrik dan kad pengenalan anda.

4. Peniaga akan mengendalikan permohonan e-rebat bagi pihak anda.

5. Pembelian yang layak akan menerima diskaun sebanyak RM200 sebagai e-rebat.

Bagi pembelian atas talian pula, ini caranya:

perkakas elektrik

Anda boleh melayari https://save.seda.gov.my/publics/retailer untuk melihat senarai kedai/pasar raya berdaftar di bawah program SAVE 4.0 ini.

Pemilikan e-Rebat tidak boleh dipindahkan atau ditukar. Maklumat lanjut layari https://www.seda.gov.my/saveprogram/

Semua senarai jenama dan model perkekas elektrik cekap tenaga boleh dilihat di sini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Ini Yang Anda Kena Tahu & Jangan Lupa Kemaskini Maklumat

Sumber: SEDA Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×