Famili

Cara Semak Permohonan STR 2024 Fasa 1, Lulus Atau Gagal?

32
SHARES
CARA SEMAK PERMOHONAN STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 akan dikreditkan kepada yang layak pada bulan Februari ini. Bagi anda yang belum tahu cara semak permohonan STR, di bawah ini penulis kongsikan caranya.

Semakan ini boleh dibuat pada bila-bila masa untuk mengetahui status semasa pengkreditan dana bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40.

Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Ini Yang Anda Kena Tahu & Jangan Lupa Kemaskini Maklumat

CARA SEMAK PERMOHONAN STR FASA 1

CARA SEMAK PERMOHONAN STR

Bagi anda yang ingin menyemak permohonan Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1, ini adalah caranya:

1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my 

2. Kemudian, masukkan kad pengenalan dan klik log masuk.

3. Bila dah log masuk, klik semak dan sahkan kod keselamatan yang dipaparkan.

4. Seterusnya, masukkan kata laluan yang betul dan klik log masuk sekali kali.

5. Klik pada bahagian “Semakan Permohonan” yang dipaparkan pada bahagian menu utama.

6. Status permohonan akan dipaparkan.

Bagi warga emas atau golongan yang tidak dapat mengakses akaun secara atas talian, anda boleh menyemak status permohonan di mana-mana kaunter LHDN berdekatan.

Semoga permohonan anda semua berjaya dan bagi yang belum daftar akaun, jangan lupa lakukan segara. Pembayaran fasa 1 akan dikreditkan pada bulan Februari 2024.

*Rayuan boleh dilakukan jika permohonan gagal.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: Cara Transfer Duit Touch ‘N Go E-Wallet Ke Akaun Bank Sendiri, Senang Je!

Sumber: TikTok Arif The Great

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×