Famili

Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Ini Yang Anda Kena Tahu & Jangan Lupa Kemaskini Maklumat

22
SHARES
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Peruntukan untuk STR juga telah dinaikkan seperti yang dibentangkan di Belanjawan 2024.

Kenaikan sebanyak 25% iaitu daripada 8 billion kepada 10 billion ringgit. Permohonan STR 2024 juga telah dibuka bermula 1 November sehingga akhir tahun ini.

Baca juga: Cara Transfer Duit Touch ‘N Go E-Wallet Ke Akaun Bank Sendiri, Senang Je!

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024, INI YANG ANDA KENA TAHU

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Terdapat beberapa cara memohon STR 2024:

1. Secara dalam talian 

https://bantuantunai.hasil.gov.my 

2. Hadir ke: 

  • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  • Pejabat Satelit HASiL
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

dengan mengisi dan mengemukakan borang permohonan STR

3. Borang permohonan STR 

Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR.

Syarat kelayakan

Bujang 

– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

– Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.

– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Warga emas bujang / tiada pasangan

– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

– Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Isi Rumah

Pemohon

– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)

Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

– Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan

– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan

– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:

– 18 tahun dan ke bawah; atau

– 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan diberikan pada:

Fasa 1 – Februari 2024
Fasa 2 – April 2024
Fasa 3 – Ogos 2024
Fasa 4 – November 2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Pemohon perlu membuat kemaskini jika:

– Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak.

– Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024, perlu membuat pemohonan baharu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Nak Claim E-Madani RM100 Guna Touch ‘N Go E-Wallet, Berbaloi-Baloi

Sumber: Hasil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×