Suami Isteri

Isteri Kongkong Punca Kesihatan Mental Suami Terganggu, Mereka Pun Nak Me Time Juga

3
SHARES
KESIHATAN MENTAL SUAMI

Public Health Malaysia menerusi laman Facebook rasmi miliknya ada berkongsi satu hantaran mengenai kesihatan mental suami.

Menerusi posting itu, dapat dilihat bahawa segelintir suami tidak diberikan untuk me-time bersama rakan-rakan sehingga menyebabkan mereka menjadi boroi dan gemuk.

Baca juga: Tiga Suasana Di Rumah Yang Tak Patut Wujud, Suami Jangan Sesekali Ambil Ringan

KESIHATAN MENTAL SUAMI PUN KENA PENTINGKAN, BARU ADIL

KESIHATAN MENTAL SUAMI

Jelas Public Health Malaysia, si isteri seharusnya bersikap adil dan memberi galakkan kepada suami agar kekal aktif seperti zaman bujang.

Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk. Hal ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga.

Ada yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala geri dikawal. Ada yang takut untuk membeli barang untuk self reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok hantar ke pejabat.

Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap. Seronok pun diam, sedih pun diam, banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda.

Jangan risau para isteri semua, berikan kepercayaan kepada suami dan izinkan mereka untuk bertemu rakan-rakan tanpa ditemani isteri.

Mereka hanya boleh menjadi “diri sendiri” apabila bersama dengan rakan. Oleh itu sekali sekala benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga.

Beri suami “me time” untuk melakukan aktiviti yang digemari, galakkan suami untuk aktif semula di padang dan beri mereka secebis kebebasan seperti zaman bujang.

Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai reward. Walaupun tubuh besar, di dalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang-barang yang ingin dibeli.

Kalau isteri boleh ada masa bersendirian, suami pun perlukan juga masa tersebut.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Wahai Suami, Ikut Nasihat Ini Kalau Dapat Isteri Keras Kepala. Jangan Sesekali Tinggikan Suara

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×