Suami Isteri

Tiga Suasana Di Rumah Yang Tak Patut Wujud, Suami Jangan Sesekali Ambil Ringan

16
SHARES
SUASANA DI RUMAH

Wahai suami di luar sana, tunaikanlah peranan anda sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Pastikan 3 suasana di rumah ini tak wujud kerana ia boleh membawa kepada perkara negatif.

Nampak macam tak ada apa tapi sebenarnya bahaya dan boleh juga menjadi antara punca keretakan rumah tangga. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: 2 Tanda Amalan Suami Isteri Diterima Allah & Rumah Tangga Dalam RahmatNya…

3 SUASANA DI RUMAH YANG TAK PATUT WUJUD

SUASANA DI RUMAH

Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah:

1. Suasana pawagam 

TV, audio yang besar, karaoke, video games dan lain-lain. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV.

2. Suasana hotel

Rumah yang dihiasi barang mewah seperti hotel, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam mewah dan bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3. Suasana restoran

Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah, setiap saat dalam kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.

Kita perlu berubah kepada kefahaman agama agar suasana rumah berubah. Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW iaitu hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah.

Rumah penuh dengan nur al-Quran dan hadis, Allah akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah.

Hari-hari anak makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan tapi pencapaian exam tak cemerlang. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.

Wujudkan amalan bacaan hadis di rumah agar isteri dan anak mengenali kehidupan sahabat-sahabar Nabi SAW.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Bermesraan Tanpa Berjimak Ketika Isteri Sedang Datang Bulan, Ini Hukumnya…

Sumber: Facebook Hyze Hazuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×