Nur

Siapa Tak Sedih Kalau Bercerai, Ini 8 Doa Selamatkan Rumah Tangga Dari Retak!

5
SHARES
DOA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Kehidupan suami isteri sudah tentunya banyak cabaran dan masalah yang perlu dihadapi sehingga menyebabkan penceraian. Bagi mengelakkan perkara negatif ini berlaku, berikut penulis kongsikan 8 doa kebahagiaan rumah tangga boleh dibaca setiap hari.

Doa di bawah ini boleh membuatkan mahligai perkahwinan yang dibina kekal harmoni, bahagia dan menyayangi antara satu sama lain. InsyaAllah…

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai ‘Haji VIP’, Pastikan Tidak Ditipu & Pilih Pakej Dengan Betul

8 DOA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA UNTUK ELAK BERCERAI

DOA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

1. Doa agar cepat dapat anak

Salah satu punca penceraian boleh berlaku adalah disebabkan belum dikurniakan zuriat. Jadi, untuk menyelamatkan rumah, anda boleh cuba doa kebahagiaan rumah tangga ini untuk mendapatkan zuriat.

Surah Al-Anbiya ayat 89:

ۚوَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْن َ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.”

2. Doa murah rezeki

Keretakan rumah tangga boleh berlaku akibat kekurangan wang. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, baca surah al-Mai’dah ayat 114 agar sentiasa dimurahkan rezeki.

قَالَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللهم رَبَّنَآ اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَاۤىِٕدَةً مِّنَ السَّمَاْءَوِ تَلَكُمْ َوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِّنْكَ وَارْزُقْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرّٰزِق ِيْنَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (pada hari ia turun) menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang-orang yang bersama kami, dan orang-orang yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu. Berikanlah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki.”

3. Doa urusan dipermudahkan

Sebagai pasangan suami isteri, sudah tentunya mengimpikan kehidupan yang selesa. Antata doa yang boleh dibaca adalah surah al-Kahfi ayat 10:

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”

4. Doa melembutkan hati pasangan

Keharmonian antara suami isteri dapat diwujudkan apabila mempunyai hati yang lembut dan memahami. Antara doa kebahagiaan rumah tangga boleh dibaca dalah surah Taha ayat 2 hingga 5.

مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى ۙ اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى تَنَّْٰٰمْلَيْتَنْزِي ى ۗ اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوٰى

Maksudnya: “Kami (Allah) tidak menurunkan Al-Quran ini kepada kamu supaya kamu dicederakan! Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut. (Al-Quran) diturunkan dari Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan cinta, bersemayam di atas takhta. Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, dan di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah.”

5. Doa ketakwaan keluarga

Selain itu, doa kebahagiaan rumah tangga yang boleh diamalkan adalah surah al-Furqan ayat 74. Ayat ini boleh dibaca untuk menambah ketakwaan ahli keluarga.

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُّن ٍ نَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang (ahli keluarga) yang bertakwa.”

DOA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

6. Doa tingkatkan kasih sayang

Untuk kekal bahagia dalam rumah tangga, kasih sayang antara suami isteri perlu diterapkan dalam diri. Berikut merupakan doa yang boleh dibaca:

وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ

Maksudnya: “Dan Aku telah menanamkan dari kemurahan-Ku perasaan belas kasihan kepada kamu, dan supaya kamu dilindungi dan dipelihara di bawah pengawasanKu.”

7. Doa elak ‘gangguan’ orang ketiga

Godaan pihak ketiga adalah satu lagi masalah yang sering dialami oleh pasangan suami isteri. Kehadiran mereka boleh menyebabkan penceraian.

Amalkan surat Al-Qasas ayat 84 agar rumah tangga kekal harmoni:

مَنْ جَاۤءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهٗ خَيْرٌ مِّنْهَاۚ وَمَنْ جَاۤءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجَّلَا يُجَّلَا اٰتِ اِلَّا مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang datang dengan membawa kebaikan (pada hari kiamat) maka dia akan mendapat balasan yang lebih baik daripadanya. Dan sesiapa yang datang dengan amal yang buruk, maka orang yang melakukan kejahatan tidaklah dibalas melainkan apa yang mereka kerjakan.”

8. Doa semakin dekat dengan pasangan

Kunci kebahagiaan rumah tangga adalah hubungan suami isteri yang erat. Masalah dan dugaan dalam perkahwinan dapat diselesaikan dengan membaca doa ini:

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ ، وَنَجِّنَا مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا ، قَابِلِيهَا ، وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا

Maksudnya: “Ya Allah, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan silaturrahim antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhkan kami dari segala keburukan, yang nampak dan yang ghaib. Berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, isteri kami dan keturunan kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-Mu, orang-orang yang memuji nikmat-Mu, orang-orang yang menerima nikmat-Mu, dan sempurnakanlah nikmat-Mu kepada kami.”

Itu merupakan antara 8 doa kebahagiaan rumah tangga yang boleh dibaca agar sentiasa harmoni.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Selalu Ada Bau Busuk & Rasa Diperhatikan Di Rumah Sendiri, Mungkin Ada ‘Orang’ Lain

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×