Suami Isteri

“Hormatlah Orang Sikit”- Trend Suami Isteri Peluk & Bermanja Depan Orang Perlu Ke Tunjuk?

28
SHARES

Sejak kebelakangan ini, trend suami isteri bermanja-manja di hadapan orang ramai dan dimuatnaik di laman media sosial semakin menjadi-jadi. Tak salah sebenarnya nak tunjuk kebahagiaan tetapi janganlah terlampau keterlaluan hingga ada mata yang tidak selesa melihat perbuatan itu.

Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki.

Baca juga: Boleh Ke Ajak Non-Muslim Berbuka Puasa Sekali? Ini Jawapannya…

TREND SUAMI ISTERI BERMANJA-MANJA DEPAN ORANG, PERLU KE?

TREND SUAMI ISTERI BERMANJA-MANJA

Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)

Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”

Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai.

Jadi, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.

PANDANGAN PENULIS

TREND SUAMI ISTERI BERMANJA-MANJA

Menurut pandangan penulis pula, tidak salah untuk bermesraan di khalayak ramai namun perlulah berpada-pada supaya tidak mendatangkan fitnah.

Selain itu, pasangan suami isteri juga tidak digalakkan untuk melakukan aksi yang viral seperti di media sosial iaitu melakukan aktiviti unboxing isteri ketika malam pertama.

Perbuatan itu perlu dielakkan walaupun sudah bergelar suami isteri kerana kemesraan seperti itu hanyalah sesuai menjadi tontonan sendiri sahaja.

Aksi manja itu semua merupakan kenangan sulit dan eksklusif antara pasangan. Trend dukung, cium, usap dada, peluk manja dan laga hidung dekat-dekat dengan pandangan berahi tidak perlu ditunjuk.

Belajar untuk simpan apa yang sepatutnya disimpan kerana tidak semua perlu menjadi tontonan umum.

Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.

Baca juga: Bestnya Masjid Sana Ada Aircond, Sini Tak Ada…Tapi Boleh Ke Pilih-Pilih Masjid Nak Tarawih Ni?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×