Terdapat segelintir ibu bapa memilih sikap lepas tangan terhadap emosi anak remajanya kerana beranggapan mereka wajar diberikan pengalaman hidup berdikari. Disebabkan itu, mereka mula berubah sikap negatif kerana kekurangan perhatian dan bimbingan yang sepatutnya diterima dek kerana ibu bapa yang kurang ilmu berkenaan tips menghadapi anak remaja.
Justeru itu, mari ikuti panduan dikongsikan oleh Puan Pija Ramli yang mempunyai ilmu dalam bidang Psikologi Perkembangan, mengenai tindakan yang sebetulnya perlu dilakukan ketika berhadapan dengan anak remaja.
Baca juga: Anak Dah Nak Masuk Darjah 1, Ibu Ayah Buat Persediaan Ini, Perkongsian Daripada Pakar!
PANDUAN KAWAL ANAK REMAJA DARI PAKAR

Gambar hiasan: Google.
- Anak dah besar tak perlu kawalan lebih (TIDAK BENAR).
- Anak dah besar juga perlukan perhatian dan bimbingan (BENAR).
Anak remaja agresif, pasif sedang mengalami ketakutan sosial. Ini adalah panduan umum untuk ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Semoga bermanfaat.
TIPS MENGHADAPI ANAK REMAJA
1. KOMUNIKASI AKTIF BERSAMA ANAK
Pastikan ada komunikasi aktif. Setiap hari cuba tanya tentang aktivitinya, emosinya, kesukarannya. Bukan hanya tentang “dah siap kerja sekolah?”, “dah study?”.
Bila tanya, bagi anak masa untuk jawab. Tanya semula soalan yang boleh cetuskan atau rangsang anak berfikir (bukan hanya nak beri rasa bersalah atau nak bagitahu yang kita tengah marahkan dia).
2. BERI PERHATIAN BILA ANAK MAHU BERCERITA
Dengar dahulu apa yang anak nak cerita atau tanya walaupun bagi kita perkara itu remeh, taboo, mungkin negatif. Dengar dahulu.
Teruskan bertanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Elakkan beri reaksi keterlaluan atau tidak sesuai. This is important to build trust (sangat penting untuk membina kepercayaan).
3. SEDIAKAN RUANG ‘SELAMAT’ DI DALAM RUMAH

Gambar hiasan: Google.
Sediakan safe space atau safe home environment. Tunjukkan kepada anak bahawa mereka selamat bersama kita sebagai ibu bapa dan kita akan membantu mereka sekiranya mereka memerlukan.
Beri mereka masa untuk melepaskan emosi, ajar mereka lepaskan emosi secara sihat, sabar menunggu mereka untuk tenang dan bimbing mereka buat keputusan yang baik.
4. TEGAS KEPADA RUTIN, PERATURAN & TANGGUNGJAWAB
Tegas kepada rutin, peraturan dan tanggungjawab. Adik-beradik perlu seiring. Sejak kanak-kanak dah boleh mulakan ikut kemampuan mereka.
Banyak perkara asas anak boleh belajar melalui ini. Contohnya, kawalan emosi, disiplin, simpat dan empati, problem solving skills, social skills. Ia tidak mengapa untuk bertegas dan tunjukkan autonomi sebagai ibu bapa asalkan ianya rasional.
KESIMPULANNYA…
Kebanyakan ibu ayah yang ada anak remaja pastinya boleh faham dengan kesukaran parenting untuk fasa ini. Kadang-kadang ibu ayah tak sedar bahawa anak telah simpan satu trauma atau pengalaman tidak menyenangkan pada fasa kanak-kanak.
Terutamanya apabila anak kita mempunyai temperamen berisiko. Anak boleh jadi terus memendam ataupun memilih cara agresif untuk lawan semula.
Isu yang tak selesai pada fasa kanak-kanak akan memberi kesan kepada perkembangan psikologi pada fasa remaja. Penzahiran tingkah laku juga akan berbeza yang mana membuatkan ramai ibu ayah mula keliru.
Jadi jangan malu dan segan ya ibu ayah untuk dapatkan sokongan tambahan daripada developmental psychologist. We will work together to help you and your child, Insya Allah.
Sumber: Facebook Pija Ramli