Asuh

Ajar Anak Tundukkan Pandangan Mata, Bukan Sahaja Sifat Malu & Menutup Aurat

41
SHARES
sifat malu

Mendidik anak tentang sifat malu bukan sahaja mengenai aurat anggota badan yang perlu ditutup, malah menjaga pandangan mata juga. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk sentiasa mengingatkan anak mengenai jaga pandangan tidak kira masa dan tempat.

Melalui nukilan nasihat yang dibuat oleh Puan Wan Nur Syakira, mulakan mengajar anak menjaga pandangan sejak dari kecil oleh kerana, usia yang masih muda memudahkan mereka untuk mengingati arahan dan membiasakan ajaran. Realitinya, kita tak boleh kawal orang pakai apa, tapi kita boleh ingatkan dan biasakan diri untuk menundukkan pandangan.

Baca juga: Ayah Risau Anak Ketinggalan Dalam Menulis, Doktor Cadang Aktiviti Tingkat Kemahiran Motor Halus

INGATKAN ANAK DENGAN SEGERA!

sifat malu

Kena didik dari kecil menundukkan pandangan khususnya anak lelaki. Salah satu caranya, ingatkan on the spot sekiranya ada situasi yang perlu tundukkan pandangan.

Jadi, selalu pesan pada anak-anak.

ANTARA SITUASI UNTUK LATIH ANAK TUNDUKKAN PANDANGAN

Ini antara situasi yang berlaku pada saya dan anak-anak.

1. JOGGING DENGAN ANAK

” Adik, abang , ada kakak dekat depan tu , dia pakai tak tutup aurat , jadi kita sama-sama tak tengok ya.

2. VIDEO ATAU CERITA

” Adik ,abang, video ni ada kartun mermaid , dia tak pakai baju elok, jangan tengok ya , kita tak boleh tengok “.

3. SITUASI ORANG MANDI KOLAM

” Adam , Yusuf , ada abang tak pakai baju di kolam. Adam , Yusuf tak payah tengok ya, malu “.

” Bila Adam , Yusuf nampak je orang tak pakai baju, terus je tengok kat lain ya “.

” Okay, Adam tengok pokok ya, ” jawab Adam.

4. TUNJUKKAN JUGA PERBUATAN KITA YANG ALIHKAN PANDANGAN PADA ANAK

” Adam , Yusuf, ummi pandang sebelah sini sebab ada abang tak berbaju dekat kolam “.

Supaya apa? Supaya anak aware ibunya juga buat yang sama. Yelah, anak cepat belajar bila lihat perkara itu secara visual. Bukan cakap saja. Selalu ulang,

“Allah sayangkan orang yang jaga mata, bukan saja jaga kaki, tangan dan lidah sahaja.”

“Kita tak boleh tengok orang tak pakai baju, malu kan!”

Dialog macam ini nampak biasa kan. Tapi perkataan ini powerful. Bila diulang, disemai seperti baja. Akan buahkan akhlak yang baik, InsyaAllah.

Selain disuruh didik anak tentang aurat dan anggota badan yang perlu ditutup, didik juga mereka tentang menjaga pandangan.

TAK BOLEH KAWAL ORANG PAKAI APA, TAPI BOLEH PILIH TUNDUKKAN PANDANGAN

sifat malu

Kena akui, realitinya, kita tak boleh nak kawal orang pakai apa, tapi kita boleh ingatkan dan biasakan diri dan anak kita tundukkan pandangan. Menjaga mata, menjaga apa yang dilihat. Bila mata terjaga, Insya Allah hati dan fikiran juga terjaga.

Surprisingly, anak-anak yang memang ada absorbent mind, ingat apa yang kita cakap dan tunjukkan. Mereka boleh ingatkan saya pula.

  • “Ummi ,jangan tengok kat pondok sana, ada orang tak pakai baju. Malu.”
  • “Okay, ummi tak tengok”.
  • “Ummi jangan tengok kat kolam, ada orang tak pakai baju”.
  • “Okay terima kasih Adam. Kita sama-sama jangan tengok ya”.

Malam tadi, mereka berdua terlihat non muslim berpakaian skirt pendek. Abang ingat adik, jangan tengok, tengok dekat lain. Lepas tu, lapor pada ummi yang mereka jaga mata.

Itu signal yang baik. Dia faham apa yang kita nasihatkan. Begitulah.

BANYAK PERKARA BURUK BERLAKU KERANA TAK JAGA MATA

sifat malu

Mata ini perlu dijaga, banyak mana perkara buruk berlaku kerana tak jaga mata. Boleh jadi hati jadi keras kalau selalu lihat benda yang tak elok.

Menjadi tanggungjawab kita selaku ibu bapa, selain didik mereka akan sifat malu dan menutup aurat. Didik juga mereka menjaga pandangan.

1. SENTIASA JAGA APA YANG DILIHAT

Ketika di luar, di alam realiti, dalam kehidupan seharian mereka.

Tekankan tentang private part yang perlu ditutup. Tak boleh lihat private part orang lain dan tunjukkan pada orang lain private part sendiri.

2. SENTIASA JAGA APA YANG DITONTON

Ketika menonton televisyen atau apa-apa yang berbentuk visual. Kartun pun terlalu banyak yang tak sesuai ditonton.  

Platform seperti YouTubeKids terlalu terbuka untuk anak-anak, tersilap taip pun terus datang apa jua video.

Baca juga: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×