Asuh

Ini Tanda 9 ‘Red Flags’ Anak Hampir Ketagih Gajet, Ibu Bapa Kena Awasi!

19
SHARES
anak ketagih gajet

Anak kerap meminta telefon saja? Tahukah anda, ini merupakan tanda-tanda amaran awal anak ketagih gajet. Apabila bangun pagi benda pertama yang dikejar si kecil adalah gajet seperti telefon bimbit dan seangkatannya.

Melalui perkongsian dari saudara Mohd Fhais Salim, terdapat 9 tanda awal anak ketagih gajet dan ibu bapa perlu berjaga-jaga mengawalnya. Ingat, jangan sampai anak ada rasa ‘full control’ kepada gajet sampai ibu bapa pula yang dikawalnya.

Baca juga: Cara Kawal Anak Tantrum, Bagi ‘Pre Warning’ Dahulu Bantu Si Kecil Lebih Bersedia

BILA TAK DAPAT TELEFON EMOSI ANAK MULA JADI KACAU

anak ketagih gajet

Gambar hiasan: Supplied.

Tak dapat telefon emosi jadi kacau. Awas, itu red-flag anak dah hampir-hampir nak kena ketagihan gajet tu. Jangan acuh tak acuh ye ibu ayah, bahaya tau bila dah ketagihan gajet ni.

Ada kajian yang di buat dekat University of Michigan berkaitan psikologi ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak.

9 TANDA AWAL ANAK KETAGIH GAJET IBU BAPA PERLU BERJAGA-JAGA

anak ketagih gajet

Ini 9 tanda awal untuk kita berjaga-jaga:

1. Susah berhenti walau dah berjam-jam ngadap telefon dan gajet.

2. Hilang minat pada aktiviti non-gajet. Tak semangat buat aktiviti fizikal.

3. Kerap sebut sebut apa yang dia lihat dan dengar di telefon sahaja.

4. Tak boleh berenggang, ke mana pergi telefon di tangan.

5. Masalah tingkah laku yang sukar di fahami. Kejap sensitif, kejap keras kepala. Haish.

6. Cepat marah, mengamuk atau tantrum. Ketagihan gajet buat emosi mudah kacau.

7. Bangun tidur je cari telefon atau tv. Itu benda pertama yang dia ingat.

8. Bila nak makan kena ada telefon baru ada selera. Itu bahaya!

9. Gajet dah jadi mood booster dia. Tak dapat telefon dia moody.

Tolong semak red-flag ni kat anak. Diorang tak tahu bahaya gajet ni, diorang tahu nak seronok-seronok main telefon saja. Kita lah yang kena pantau, kawal dan sekat gajet anak-anak.

Wallahu A’lam.

P/s : Tolong share 9 red-flag ni dengan kawan-kawan lain yang ada anak juga supaya mereka pun alert dengan isu serius ni.

JANGAN SAMPAI ANAK RASA ADA ‘FULL CONTROL’ PADA GADJET

anak ketagih gajet

Gambar hiasan: Google.com

Tak boleh beri anak rasa dia ada ‘full control’ pada gajet yang digunakan… jangan!

  • ❌ Anak tak boleh sesuka hati ambil telefon dan guna tanpa kebenaran.
  • ❌ Anak tak boleh tentukan aplikasi apa yang dia nak main dan tak nak main.
  • ❌ Anak tak boleh sewenang wenangnya delete atau install sebarang aplikasi tanpa izin.
  • ❌ Anak tak boleh bawa gajet ke mana-mana sahaja yang dia mahu, terutama bilik tidur!
  • ❌ Anak tak boleh membentak apabila di kawal & di sekat aktiviti gajetnya.
  • ❌ Anak tak boleh tentukan cerita apa yang dia suka & tak suka.
  • ❌ Anak tak boleh sesuka hati tukar, rewind atau fast forward cerita yang sedang di tonton.

Semua ini penting untuk mengelakkan ketagihan dan hilangkan rasa anak ada ‘full control’ selain, dia pulak yang nak control ibu ayah.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×