Asuh

Cara Kawal Anak Tantrum, Bagi ‘Pre Warning’ Dahulu Bantu Si Kecil Lebih Bersedia

43
SHARES

Tantrum merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak yang memang ibu bapa sudah jangkakan. Tantrum itu normal kerana ia tanda otak anak berkembang dengan baik. Disebabkan itu, terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak tantrum.

Ini termasuklah memberi amaran awal atau pre warning kepada anak-anak tentang kemungkinan yang bakal berlaku seperti dilakukan Puan Wan Nur Syakira. Rutin pre warning menyebabkan anaknya kurang tantrum dan lebih bersedia.

Baca juga: Ini 8 Senarai Makanan Tinggi Iron, Paling Penting Untuk Anak Ada Anemia

ANAK KURANG TANTRUM DENGAN PRE WARNING

anak tantrum

Gambar hiasan: ShutterStock.

Antara rutin yang saya perasan buat anak saya kurang tantrum bila ke mana-mana atau tak dapat yang dia mahu, saya dan suami sentiasa bagi pre warning tentang kemungkinan yang akan berlaku.

Contoh, dia nak makan aiskrim coklat jenama tertentu pada hari yang dibenarkan makan aiskrim. Jadi, kami beritahu awal-awal,

“Abang, kita tengok dulu ada atau tak ya sebab ada kedai ada aiskrim ni, ada kedai tak ada.

Kalau tak ada, kita pilih aiskrim lain boleh?”

Anak dah bersedia awal-awal mental dia jika tiada yang dia inginkan. Nak elakkan kecewa. Nak elakkan mereka rasa big emotion secara tiba-tiba.

Lagi, beritahu awal-awal pergi ke kedai hanya beli satu barang sahaja. Beli aiskrim bukan beli benda lain.

“Kita beli aiskrim saja tau, dekat kedai memang banyak makanan, coklat sedap, tapi kita beli aiskrim sahaja hari ini. Okay!”

Nak sediakan mental mereka untuk tidak overwhelmed dengan banyak benda menarik di kedai.

ANAK TANTRUM: JADIKAN PRE WARNING SEBAGAI RUTIN BERSAMA JADUAL

Rutin pre warning atau beritahu kemungkinan serta jadual memang kami buat bila:

  • Nak outing atau pergi jalan-jalan.
  • Nak balik kampung.
  • Nak pergi taman permainan.
  • Nak pergi rumah saudara-mara.
  • Bila anak pergi sekolah.

Beritahu apa jadual hari itu, dengan siapa kita akan jumpa, mungkin suasananya crowded, anak akan jumpa orang baru. Kita mungkin akan balik lambat, keluar pagi akan balik petang.

Balik kampung biasanya ambil masa berapa jam. Biasanya balik kampung ni kami balik malam, anak semua tidur atas carseat.

Kalau nak keluar petang, dah bagitahu pada waktu pagi supaya mereka mainlah mainan yang ada di rumah puas-puas. Tidaklah nak balik cepat atau tak nak keluar sebab nak main di rumah.

Jadi, anak akan lebih sedia dengan apa yang akan berlaku.

IBU BAPA KENA ANGGAP ANAK PENTING WALAUPUN MEREKA MASIH KECIL

anak tantrum

Gambar hiasan: ShutterStock.

Lagi -lagi anak umur 6 tahun yang dah mula faham konsep masa, jadi anak boleh jangka jangka masa keluar. Kita kena anggap mereka juga penting walaupun masih kecil.

Anak tahu apa yang mungkin berlaku selepas ini. Jadi, anak akan lebih rasa stabil emosi. Bila tak pasti ni, anak mudah untuk cranky dan tak stabil.

Kita boleh kurangkan risiko untuk tantrum mereka dengan persediaan. Kalau tak jadi, boleh cuba teknik lain.Kena cari ilmu lain. Lain anak ,lain caranya mungkin.

Kita pun selaku ibu ayah kena expect juga anak akan tantrum walaupun dah bersedia sebab itu adalah fitrah semulajadi anak. Tantrum itu normal, tanda otak anak berkembang dengan baik.

Kena expect kalau berjalan waktu tidur anak, ada kemungkinan besar anak akan mudah cranky. Kena expect anak akan mudah tak stabil bila rasa big emotion.

Fahami fitrah perkembangan kanak-kanak, beri bimbingan, rendahkan expectations. Insya Allah, hari-hari dengan anak rasa lebih tenang.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×