Asuh

“Jaga Anak Kecil Memang Banyak Dugaan”- Ini 9 Cara Ibu Bapa Kawal Emosi Bila Tak Boleh Tahan!

23
SHARES

“Kau ni kan tak habis-habis menyusahkan aku!”

Tenang wahai ibu bapa, jangan diherdik, dimarah atau dipukul anak-anak sampai begitu sekali. Anak-anak kecil ini masih suci tidak mengerti apa yang betul dan apa yang salah dalam tindakannya. Bnayakkan bersabar dalam mendidik mereka kerana setiap itu akan membuahkan hasilnya nanti.

Justeru itu, mari lakukan 9 cara ini bagi ibu bapa di luar sana dalam mengawal emosi sewaktu mendidik anak-anak kecil, terutamanya apabila sudah tidak mampu menahan perasaan itu seperti yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira di bawah.

Baca juga: Rupanya Ini Sebab Kenapa Kanak-Kanak Suka Tengok Cerita Seram & Ganas, Jaga-Jaga!

IBU BAPA KAWAL DIRI! BELAJAR UNTUK ‘PAUSE’ SEBENTAR

Sekadar gambar hiasan.

Mengurus kanak-kanak kecil yang berumur 6 tahun ke bawah memang umpama marathon ya. Tak berhenti keperluannya.

  • Kerana kudrat mereka masih terbatas.
  • Kerana otak mereka pun masih muda, otak logik masih belum terbina pun.
  • Kerana banyak benda perlu dipenuhi oleh kita ibu bapa.

Dan kalau kita tak belajar pause dalam marathon ini, memang havoc dan kacau bilau. Memang akan selalu marah-marah, tinggikan suara, mengamuk.

Emosi ibu ayah meletup، emosi anak tercedera. Jadi, dalam mengurus anak-anak kecil ini,

9 CARA IBU BAPA KAWAL EMOSI, BILA RASA TAK TERKAWAL

Gambar hiasan: Jennifer Brister/Stocksy – EverydayHealth.

1. BELAJAR ‘PAUSE’

Belajar pause dan ambil nafas bila kita rasa kita dah terlalu overwhelmed dan rasa dah mula hilang kawalan.

2. BUAT BERNAFAS PANJANG…

Buat deep breathing, baca istiazah dan istighfar.

3. BACA DOA INI,

“رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ”

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).”

Doa ini dari al Quran. Ayat 126, surah al A’raaf.

4. CHOOSE YOUR BATTLE

Tak semua perkara kita kena melenting, kena loose sikit supaya kita tak terlalu penat nak tegur dan betulkan semua memandangkan anak memang tengah belajar .

5. TERIMA HAKIKAT ANAK-ANAK TIDAK SEMPURNA & MASIH BELAJAR

Gambar hiasan: PsychologyToday.

Sepah, tumpah, comot, itu lumrah. Aktif dan tak berhenti bergerak, itu kanak-kanak normal. Tantrum, mengamuk, menangis, itu normal kanak-kanak baru belajar control emosi.

6. FAHAM KUDRAT & KEMAMPUAN BERFIKIR ANAK TERBATAS

Faham kudrat anak terbatas, kemampuan berfikir terbatas.

Bukan macam orang dewasa. Otak logik mereka belum siap berkembang lagi. Susah nak faham logik dan common sense macam ibu ayah yang dewasa.

7. LARI DARI ANAK JIKA TAK MAMPU KAWAL MULUT & TANGAN

Lari dari anak sebentar kalau tak mampu kawal mulut dan tangan.

Ke dapur minum air, capai phone sekejap, distract anggota dari buat dan kata yang bukan-bukan.

8. KALAU TAK BOLEH LARI, LAKUKAN INI:

Kalau terpaksa hadap juga tak boleh lari, kuatkan diri buat self talk dan sebut.

  • ” Ya Allah, berikan aku sabar “.
  • ” Aku boleh jadi ibu dan ayah penyabar “.
  • ” Aku boleh kawal emosi “.

9. PASANGAN PERLU MAIN PERANAN

Pasangan kena main peranan. Kalau ketika tu pasangan ada, dah rasa kita tak boleh, minta pasangan ambil alih.

” Sayang, tolong, saya kena tenangkan diri sekejap, tengah overwhelmed ni “.

Pasangan pula take in charge dan uruskan pula. Begitulah, suami isteri, tolong menolong dan saling meringankan kerana anak bersama kan.

JAGA ANAK KECIL MEMANG MENDUGA, SABAR ITU ADA BUAHNYA…

Gambar hiasan: Shutterstock – FamilyTravel.

Begitulah. InsyaAllah, sabar ini ada buahnya.

Jangan biar anak selalu hadap jerit, pekik, marah apatah lagi pukulan kita. Sangat bahaya untuk perkembangan anak-anak.
Itu bukan sunnah dalam mendidik.

Jaga anak kecil memang menduga. Itu hakikatnya. Tambah bila letih, penat, sakit, stress.

Tapi kita yang dewasa, nak tak nak, kena cari cara untuk handle diri sendiri. Dengan ILMU dan IMAN.

Tak boleh lari, sebab itu amanah kita. Bagaimana nak kawal marah dan emosi? Dengan ILMU dan IMAN.

InsyaAllah, kita boleh. Kita boleh. Kita cuba.

Wan Nur Syakira #catatanparentingsyakira

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×