Dalam sebilangan ibu bapa pada hari ini, mesti mempunyai anak-anak yang gemar menonton cerita seram dan ganas bukan? Anda juga mula khuatir kerana risau akan mempengaruhi tingkah laku mereka dan berasa pelik bagaimana ianya boleh menyebabkan anak-anak anda menyukainya.
Melalui perkongsian dari OT Siti ‘Aisyah Rozalli, kanak-kanak suka menonton cerita-cerita yang berkisarkan kisah seram dan ganas kerana beberapa sebab. Jom baca apakah sebabnya supaya ibu bapa di luar sana dapat mencegah ia dari terus berlaku.
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Kaedah BLW Pada Bayi 6 Bulan, Anaknya Suka & Boleh Makan Pejal Sendiri!
BANYAK CARA LAIN UNTUK ANAK BELAJAR MENGHADAPI KETAKUTAN
KENAPA KANAK-KANAK SUKA TENGOK WATAK SERAM & GANAS?
Ramai parents tanya saya, “Macam mana anak-anak saya boleh suka tengok cerita-cerita seram dan ganas kat YouTube tu?”
BEBERAPA SEBAB KENAPA ANAK SUKA TENGOK WATAK SERAM & GANAS
Dia ada beberapa sebab:
1. ANAK-ANAK SUKA TEST BOUNDARY
Apa yang mereka rasa “macam tak elok”, yang tu yang mereka akan cuba untuk tonton. Kenapa? Sebab mereka nak tahu adakah kita konsisten dengan “tak elok” yang kita kata tu.
- Tonton orang kena bunuh.
- Tonton orang kena tikam.
- Tonton orang kena kejar.
Semua itu BOUNDARY JELAS.
Yang kita allow anak kita untuk pecahkan dengan benarkan mereka menontonnya. Hari-hari….
2. MENONTON SESUATU YANG SERAM & GANAS CIPTA ‘ADRENALINE RUSH’
Jantung berdegup laju, dada berdebar. Ada anak-anak yang suka dengan “rush” tersebut. Jadi, mereka akan tonton banyak kali sebab nak rasa “rush” tadi.
3. TERPENGARUH DENGAN RAKAN-RAKAN
Pergi sekolah, pergi taman, kawan-kawan semua sebut nama Huggy Wuggy. Anak kita ada FOMO (Fear of Missing Out). Jadi, mereka juga mahu main dan tonton apa yang kawan tonton.
4. MEREKA TAK SEDAR MEREKA DALAM KETAKUTAN
Anak-anak ni, mereka belum boleh beza apa yang baik & buruk.
Jadi, bila mereka tonton cerita seram & ganas, imej tersebut tersimpan dalam minda mereka. Imej ganas dan seram itu akan mengganggu mimpi mereka dan menjadi fokus imaginasi mereka.
Maka, anda akan lihat anak suka dan berulang kali melukis imej-imej seram tersebut. Ianya adalah cara mereka “cope” dengan ketakutan.
Kita nampak anak macam suka. Tapi, minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.
5. IANYA TELAH MENJADI KETAGIHAN
Kita terlepas pandang untuk kawal apa yang anak kita tonton. Tapi, YouTube terus hidangkan dan sogok minda anak kita dengan video-video repetitive dan “hooking”.
Anak kita tu, kalau boleh taknak tengok. Tapi, sebab adrenaline rush yang mereka terima setiap kali menontonnya, dan rasa “familiar” dengan watak yang ditonton hari-hari tu, menyebabkan anak kita sebenarnya bukan suka, tapi ketagihan.
Kasihan pada anak kan? Berperang dengan minda sendiri. Tapi, kita ingat mereka suka.
DISARANKAN IBU AYAH ‘HIDE’ APLIKASI YOUTUBE SUPAYA…
Betul. A bit of fear. A bit of adrenaline rush is good.
Tapi, ada banyak cara lagi untuk anak belajar cope dengan fear selain biar anak tonton watak-watak yang mencemar otak suci mereka.
Be vigilant. Alert dengan apa yang anak tonton. Jangan cederakan minda dan pemikiran anak-anak kita dengan rasa kita ni parents yang “cool” dan “relax”.
Nanti, bila besar, anak kita jadi orang yang kurang empati, kurang sense of danger, cepat stress, high anxiety, tak tahu nak jaga dan selamatkan keluarga sendiri.
Baru kita tertanya, what did I do wrong? Cegah sebelum terlambat ya. Saya sarankan ibu ayah HIDE APPS YOUTUBE di handphone supaya anak tak jumpa dah.
Dan install apps Durioo+, klik link ini untuk info dan langganan Durioo+.
#otaisyahrozalli #gymcademy
Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli