Asuh

Ibu Ini Kongsi Kaedah BLW Pada Bayi 6 Bulan, Anaknya Suka & Boleh Makan Pejal Sendiri!

21
SHARES

Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa, belum mengetahui atau mendengari mengenai ‘Baby Led Weaning’ (BLW). Menurut perkongsian info dari Puan Wan Nur Syakira, BLW adalah satu kaedah memperkenalkan makanan pepejal (seperti makanan halfed-cooked yang dipotong dadu) kepada bayi tapi tanpa bantuan suapan melalui sudu.

Menurutnya lagi, dia mempraktikkan kepada bayinya yang berusia 6 bulan ketika itu dan anaknya memang betul-betul suka makan sendiri. Paling penting, ibu bapa perlu ambil berat tentang cara penyediaan supaya tak tercekik dan sesuai untuk bayi.

Baca juga: Ini Tiga Kategori Perangai Anak Yang Berbeza, Usah Sindir ‘Parent’ Bila Mengeluh

KAEDAH PERKENALKAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI USIA 6 BULAN

Gambar hiasan: Pampers.

Alhamdulillah, dah 3 bulan Maryam Sofiyyah dah mula makan. Sekarang dah umur 9 bulan. Bayi ketiga ni, saya gunakan pendekatan Baby Led Weaning (BLW).

Apa BLW ni? Baby Led Weaning adalah satu kaedah memperkenalkan makanan pepejal (seperti makanan halfed-cooked yang dipotong dadu) kepada bayi tapi tanpa bantuan suapan melalui sudu.

Bayi makan sendiri sejak usia 6 bulan dan makan makanan pepejal (bukan puree atau bubur).

Perjalanan BLW Sofiyyah walaupun kali pertama untuk pengalaman peribadi, Alhamdulillah, Sofiyyah betul-betul suka makan sendiri. Abangnya dulu tak buat BLW, sebab tiada ilmu tentangnya.

Jadi, bila kita praktik BLW kena ambil berat tentang cara penyediaan supaya tak tercekik dan sesuai untuk bayi.

APLIKASI ‘SOLID START’, PANDUAN IBU BAPA PRAKTIK BLW & FUNGSI LAIN

Saya nak share satu apps yang boleh jadi panduan untuk ibu ayah yang nak mulakan BLW atau mencari tips penyediaan makanan untuk toddler.

Solid Start. Cari saja di Google Play Store. Download dan boleh manfaatkannya. Recommended!

Gambar: Aplikasi Solid Start sebagai panduan ibu bapa untuk praktikkan BLW.

Gambar: Aplikasi ini juga mempunyai tips penyediaan makanan untuk bayi dan pelbagai fungsi lain.

Gambar: Kadangkala tu tak yakin boleh ke, bila tengok baby ni makan eh boleh sangat mereka makan. Sofiyyah sekarang pun banyak je makan. Alhamdulillah. Ada juga pelbagai resepi untuk dicuba.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×