Asuh

Ini Tiga Kategori Perangai Anak Yang Berbeza, Usah Sindir ‘Parent’ Bila Mengeluh

38
SHARES

Ibu bapa yang tiba-tiba mengeluh sewaktu menguruskan anak, merupakan perkara yang normal kerana manusia itu sendiri mempunyai tahap kesabaran, ketabahan dan kekuatan yang berbeza. Jadi, jangan sesekali menyindir mereka. Tidak salah menunjukkan emosi ia adalah salah satu cara mengawalnya.

Melalui perkongsian saudara Mohd Fhais Salim, rupanya ada tiga kategori ‘temperament’ atau perangai anak-anak yang berbeza. Syukuri bila mempunyai anak yang mudah diuruskan, sama juga bila peroleh yang sebaliknya, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Baca juga: Jenis Aktiviti Ibu Bapa Boleh Main Bersama Bayi Usia 0 Hingga 1 Tahun, Seronok!

REZEKI ANAK LAIN-LAIN, PARENT MENGELUH TIDAK BERMAKNA PUTUS ASA!

Gambar hiasan: BBC.

Bila ada parent yang cerita anak mereka baik, senang patuh arahan dan jarang meragam. Saya akan senyum je dan cakap, alhamdulillah syukur rezeki anda.

Sikit pun tak terdetik dalam hati, nak tahu bagaimana dia didik anak. Sebabnya, bila kita faham betul betul tentang temperament kita akan tahu bahawa dia hanya murah rezeki anak.

Ini kerana ada 3 kategori temperament (tingkahlaku) anak-anak yang berbeza.

TIGA KATEGORI PERANGAI ANAK YANG BERBEZA:

1. MUDAH (EASY)

Hampir 40% kanak-kanak dalam kategori ni. Dia orang ni serba-serbi mudah, senang nak urus, mudah kerjasama, jarang meragam sehinggakan ada yang rasa mereka sangat hebat mendidik.

2. SLOW WARM UP

Kira-kira 15% kanak-kanak dunia dalam kategori ni, yang ini half-half. Kadang susah kadang senang. Kalau kita tahu trik yang betul senang nak urus anak. Penting faham dan connect dengan anak.

3. SUSAH (DIFFICULT)

Hanya 10% sahaja kategori ni. Ini lah anak yang buat kerja mendidik tu jadi sangat mencabar. Kena banyak sabar, kena tahan marah dan jadi sangat kreatif kalau nak didik anak begini.

BUKAN MUDAH URUS ANAK, BERSYUKUR DENGAN REZEKI ANAK YANG DITERIMA

Gambar hiasan: PODS.

Sebab tu la bila kita nampak ada parent yang mengeluh dan struggle mengurus anak-anak usah la kita menyindir dia pula. Kita tak tahu pun situasi dia bagaimana. Mungkin payah dia mengurus anaknya jauh lebih susah dan lebih memenatkan berbanding kita.

Dapat anak yang mudah di urus syukur banyak banyak sebab itu rezeki kita, yang ramai orang di luar sana berdoa pagi siang dan malam mohon di kurniakan anak yang baik dan soleh. Sesungguhnya banyak perlu bersyukur.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×