Asuh

Memang Susah Nak ‘Detect’ Autisme Dekat Anak Perempuan, Perhatikan 5 Tanda Ini..

43
SHARES
tanda autism

“Anak aku ni macam ada tanda autism je, tapi orang cakap budak perempuan jarang ada gejala ini…”

Bila diperhatikan semula, benarlah lebih ramai dalam kalangan kanak-kanak lelaki yang menunjukkan gejala autism berbanding kanak-kanak perempuan. Namun, jangan terlampau selesa kerana kanak-kanak perempuan juga boleh mempunyai tanda-tanda autism ini tanpa disedari oleh mak ayah dan juga doktor.

Baca juga: Kalau Nak Bedung Bayi Kena Bedung Elok-Elok Supaya Tak Alami ‘Hyp Dysplasia’!

5 TANDA AUTISM PADA ANAK PEREMPUAN, ANDA MUNGKIN TERLEPAS!

tanda autism

Autisme pada kanak-kanak perempuan mungkin kelihatan berbeza daripada kanak-kanak lelaki. Kadangkala, mak ayah dan juga penjaga mungkin meragui bahawa kanak-kanak perempuan adalah autistik kerana mereka tidak menunjukkan sifat yang biasanya dikaitkan dengan autisme. Perhatikan 5 tanda ini untuk berjaga-jaga:

1.Selalu bergantung kepada kawan

Jika anda perhatikan melalui laporan guru, mereka sering memberitahu bahawa anak anda di sekolah kerapkali memerlukan rakan peneman ke mana sahaja mereka pergi. Ini bertujuan untuk membantu mereka berkomunikasi dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

2.Sensitif terhadap sesuatu kondisi

Untuk anak perempuan yang mengalami gangguan spektrum autisme, mereka lebih sensitif dengan kondisi sekeliling. Antaranya adalah sensitif terhadap suara, cahaya terang ataupun aroma yang kuat. Bukan sahaja untuk anak perempuan, petanda ini juga boleh muncul kepada anak autisme lelaki.

3.Selalu alami depresi, perubahan mood

Ini adalah gejala yang paling mudah dilihat iaitu anak-anak perempuan yang alami autisme sangat sukar untuk mengawal perasaan. Ini yang mudah menyebabkan orang di sekeliling atau guru di sekolah memarahi mereka. Jadi, perhatikan perubahan mood anak-anak supaya anda boleh ‘detect’ tanda awal autisme pada anak perempuan.

4.Susah nak bergaul

Apabila berada di ruang yang padat dengan orang, anda boleh perhatikan bahawa anak-anak autisme khususnya perempuan akan sukar untuk bergaul. Hal ini kerana, anak ini sulit untuk menggunakan dan memahami bahasa non-verbal seperti ekspresi wajah.

5.Mengalami kejang

Inilah yang paling merisaukan iaitu anak-anak mengalami kekejangan. Gejala kekejangan dalam autisme ini memang sering berlaku kepada anak perempuan dibandingkan anak lelaki. Bukan itu sahaja, disebabkan terlampau stres dengan gejala yang sering dialami, mereka juga cenderung untuk mencederakan diri sendiri. Bahaya!

tanda autism

Adakah kanak-kanak perempuan kurang berkemungkinan menghidap autisme berbanding lelaki?

Autisme didiagnosis lebih kerap pada kanak-kanak lelaki kerana mereka cenderung menunjukkan lebih banyak sifat “klasik”. Walaupun autisme lebih mudah dikenali pada kanak-kanak lelaki dan kaum lelaki dewasa, ini tidak bermakna kanak-kanak perempuan dan wanita kurang berkemungkinan untuk menjadi autistik.

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

Sumber: VeryWellHealth, SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×