Asuh

Dari Usia 2 Bulan Ke 1 Tahun Anak Masih Tak Boleh Buat Benda Ini, Maknanya Dah SERIUS!

4
SHARES
perkembangan anak 1 tahun

Kelewatan perkembangan fizikal atau physical development delayed ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan kondisi perkembangan anak 1 tahun dan ke bawah yang tidak mencapai tahap sepatutnya.

Perkara ini termasuklah seberapa baik dan tempoh berapa lama lagi mereka bergerak dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Namun, kelewatan ini boleh menjadi tanda sesuatu yang lebih serius, jadi adalah penting untuk berbincang dengan pakar pediatrik mengenainya.

Baca juga: “Eh? Dah Nak Masuk Usia Setahun?”- Ini 14 Kejayaan Baby Sebelum Sambut Birthday Pertama!

PERKEMBANGAN ANAK 1 TAHUN DAN KE BAWAH LEWAT, APA TANDANYA?

perkembangan anak 1 tahun

Pelbagai kajian telah melaporkan bahawa 10 hingga 15 peratus kanak-kanak di bawah umur 3 tahun mengalami kelewatan perkembangan, seperti kesukaran belajar, berkomunikasi, bermain, atau melakukan aktiviti fizikal atau kemahiran praktikal.

Jadi, jika anak masih berada di bawah usia 1 tahun, berikut merupakan tanda berjaga-jaga di setiap peringkat usia yang mak ayah boleh perhatikan. Mungkin ini tanda development delayed!

1.Usia 2 bulan

-Tiada bertindak balas kepada bunyi yang kuat
-Tidak melihat sesuatu semasa ia bergerak
-Tidak boleh mengangkat kepala apabila berada di atas perut
-Tidak senyum pada orang
-Tidak membawa tangan ke mulut

2.Usia 4 bulan

-Tidak melihat sesuatu semasa ia bergerak
-Tidak senyum pada orang
-Tidak boleh memegang kepala dengan stabil
-Tidak bersuara atau mengeluarkan bunyi
-Tidak menolak ke bawah dengan kaki apabila kaki diletakkan di atas permukaan yang keras
-Menghadapi masalah untuk menggerakkan satu atau kedua-dua mata ke semua arah

3.Usia 6 bulan

-Tidak cuba untuk mencapai
-Tidak menunjukkan kasih sayang
-Tidak bertindak balas kepada bunyi di sekeliling mereka
-Menghadapi masalah membawa sesuatu ke mulut
-Tidak menghasilkan bunyi vokal
-Tidak berguling ke mana-mana arah (belakang ke hadapan atau depan ke belakang)
-Tidak ketawa atau mencebik
-Nampak sangat kaku, dengan otot yang tegang

4.Usia 9 bulan

-Tidak menanggung berat pada kaki apabila disokong
-Tidak duduk dengan betul kalau tanpa bantuan
-Tidak membebel
-Tidak menjawab bila dipanggil dengan nama sendiri
-Nampaknya tidak mengenali orang yang dikenali
-Tidak ikut tengok di mana anda tunjuk
-Tidak memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan yang lain

5.Usia 12 bulan/ setahun

-Tidak merangkak
-Tidak tahan dengan sokongan
Tidak menyebut satu pun perkataan seperti “mama” atau “dada”
-Tidak menggunakan isyarat seperti melambai atau menggelengkan kepala
-Tidak menunjuk kepada benda-benda di persekitaran
-Tidak mencari benda yang mereka lihat anda sembunyikan
-Hilang kemahiran yang pernah mereka miliki

APA RAWATAN BOLEH DIBUAT?

perkembangan anak 1 tahun

Jika kondisi ini berlaku kepada anak-anak, terdapat rawatan yang boleh dilakukan supaya masalah fizikal ini dapat dibendung. Antara rawatan yang akan diambil adalah:

1.Jika kanak-kanak terlewat dalam kemahiran motor besar seperti duduk atau berjalan, mereka mungkin akan dirujuk kepada ahli terapi fizikal.

2.Jika kanak-kanak menghadapi masalah memahami bahasa, menggunakan bahasa, atau menelan, mereka mungkin akan dilatih oleh ahli terapi pertuturan/bahasa.

3.Jika kanak-kanak itu menghadapi masalah dengan kemahiran motor halus (soft motors), kemahiran motor visual atau kemahiran hidup bebas, seperti memberi makan sendiri, mengambil objek kecil, atau membukan butang pakaiannya, mereka mungkin akan dirujuk kepada ahli terapi cara kerja.​

*Jangan dibiarkan sahaja anak terkapai-kapai dan hanyut dalam perkembangan yang lambat ini. Makin dibiarkan, makin sukar untuk dirawat..

Baca juga: Anak Usia 6 Tahun Trauma Ke Sekolah, Rupanya Ada Cikgu Selalu Gigit Anggota Badan!

Sumber: HealthyChildren, BabyCenter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×