Asuh

Anak Usia 6 Tahun Trauma Ke Sekolah, Rupanya Ada Cikgu Selalu Gigit Anggota Badan!

24
SHARES
guru tadika

Apabila anak sudah mencapai usia 4 tahun ke atas, ibu bapa akan mula menghantar anak-anak ke pra-sekolah atau tadika yang bersesuai dengan tahap umur. Inilah yang menjadi tempat persinggahan sementara yang selamat untuk meninggalkan anak-anak sementara ibu bapa bekerja kerana ada guru tadika bertauliah.

Namun, tempat persinggahan yang disangkakan ‘selamat’ ini boleh mengundang bahaya dari segi gangguan seksual seperti kisah yang didedahkan oleh seorang ibu apabila anaknya usia enam tahun berasa trauma setiap kali ke sekolah gara-gara sering digigit oleh gurunya!

Baca juga: Ibu Ayah Disarankan Hantar Anak Ke Sekolah Asrama Lepas Usia 16 Tahun, Elak Sex Grooming

ANAK USIA 6 TAHUN TRAUMA SERING DIGIGIT GURU TADIKA

guru tadika

Perkara itu didedahkan oleh ibunya sendiri menerusi hantaran di Facebook. Kata wanita dan ibu yang menggunakan akaun Eyma Zaideen itu, anaknya selalu bertanya soal cuti sekolah dan wajah anak kecil tersebut tidak seceria dahulu apabila tiba hari persekolahan.

“Bayangkan setiap kali nak hari Ahad, Abang Cik (anaknya) mengeluh dan akan tanya bila cuti pula mama (Eyma).

“Mama pula jawaplah baru sahaja habis cuti tanya bila cuti lagi budak ini nak kena cubit kat mama ini. Abang Cik pergi sekolah macam biasa setiap kali balik rumah selalu muram macam tak seronok seperti budak lain dan lain sangat muka setiap kali nak pergi dan balik sekolah,” kongsinya.

Tambah wanita itu, sebagai seorang ibu pastinya peka dengan perubahan tingkah laku anaknya dan boleh merasakan sesuatu yang meragukan sedang berlaku dan berasa tidak sedap hati.

“Saya sebagai ibu boleh rasa macam ada sesuatu tak kena sebab Abang Cik jenis tak beritahu apa-apa terjadi dekat sekolah dia jenis pendam orang kacau dia ke apa.

“Pertanyaan Abang Cik ini berlarutan setiap kali nak mula sekolah jadi lama-lama saya macam pelik ada masalah apa anak aku ini setiap kali nak pergi sekolah macam monyok (suram). Jadi balik Abang Cik dari sekolah dengan muka sedih baru lepas menangis, saya tanya kenapa balik menangis ada kawan-kawan buli ke nak tahu apa jawapan dia?,” soal Eyma.

Dalam pada itu, Eyma terkejut apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada anaknya dengan mendakwa seorang guru lelaki tanpa segan menggigit beberapa anggota badan kanak-kanak tersebut.

“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik lepas itu dia tarik panjang-panjang sakit sangat mama. Dah la gigi cikgu kuning dan mulut hitam Abang Cik geli, kadang cikgu gigit telinga dan hidung juga dan hari ini dia gigit bibir dan hidung,” luahnya anaknya.

“Saya terkejut mula-mula tak percaya lepas itu saya tanya abang dan kakak dia yang memang sekolah sama dekat situ, jawapan mereka ya memang ‘Cikgu Nor’ popular dekat sekolah suka gigit orang semua budak-budak tengok dia akan lari ketakutan takut kena pegang dan gigit.

“Ini bukan seorang pendidik gila macam ‘vampire’, ibu bapa lain mungkin boleh senyap, tapi tidak dengan aku, maaf lah tunggu kau ‘Cikgu Nor’”

Mengejutkan adalah ada juga hantaran di laman Facebook dari ibu lain mendakwa perbuatan terkutuk guru tersebut tidak hanya berlaku kepada anaknya, malah beberapa murid lain turut menjadi mangsa termasuk kanak-kanak perempuan. Seram!

ADAKAH INI MANGSA SEX GROOMING?

guru tadika

Seringkali seksual grooming ini berlaku melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas dan tinggal di asrama.

Ibu bapa perlu tahu bahawa ada 6 fasa ‘sex grooming’ kepada kanak-kanak yang sering berlaku iaitu:

– Memilih mangsa

-Mengumpul maklumat mangsa

-Mula dapatkan kepercayaan mangsa.

-Pemangsa bina kredibiliti di mata mangsa.

-Isolasi mangsa

-Perbuatan seksual

*Diharapkan supaya kes-kes berkaitan gangguan seksual kepada kanak-kanak ini cepat mendapat tindakan sewajarnya. Memang pelik-pelik dan menyeramkan!

Baca juga: Anak 11 Tahun Kantoi ‘Search’ Video Porno, Ini Tindakan Tegas Ibu Ayah Boleh Buat!

Sumber: Eyma Zaideen, KOSMO

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×