Didik

Ibu Ayah Disarankan Hantar Anak Ke Sekolah Asrama Lepas Usia 16 Tahun, Elak Sex Grooming

2
SHARES
sekolah asrama penuh

Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan drama yang berkonsepkan kehidupan pelajar lelaki di sekolah asrama penuh. Bukan sahaja viral dengan pelakon-pelakon kacak malah konsep penceritaan yang menimbulkan isu sex grooming dalam kalangan pelajar dan menggamit kisah gelap sekolah asrama penuh ini.

Apa itu sex grooming? Kenapa mesti dikaitkan dengan pelajar sekolah asrama penuh dan mengapa ramai pakar mengatakan bahawa usia yang sesuai untuk anak dihantar ke sekolah asrama adalah atas 16 tahun?

SARAN HANTAR ANAK SEKOLAH ASRAMA PENUH LEPAS 16 TAHUN, ELAK SEX GROOMING

sekolah asrama penuh

Menurut laporan dari Merdeka Times, Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata majoriti pelajar berkeinginan terlibat dengan budaya berpasangan, homoseksual adalah ketika berusia 13 dan 14 tahun di mana mereka baru melepasi fasa akil baligh atau sedang melalui fasa itu.

Kebiasaannya remaja matang ketika berusia 16 tahun ke atas serta dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara ataupun sentuhan selamat atau tidak selamat di tubuh mereka.

“Satu lagi kita kena ingat… perlakuan homoseksual ini dia tidak berlaku dengan tiba-tiba liwat, tidak! Dia bermula dengan sentuhan, raba-raba, sentuh punggung, tampar-tampar, raba dada orang, cuba bercumbu-cumbuan, mandi bersama then output yang hujung tu… liwat,” katanya.

Bukan itu sahaja, ada juga status dari Mohd Fadhli Salleh yang berkongsikan pengalaman orang lain tentang bagaimana sexual grooming terhadap orang dewasa terjadi? Bacalah perkongsian kakak ni. Ada sesuatu yang ingin beliau kongsi.

As salam. Akak baca pos baru cikgu. Tak berani nak komen sana. Just nak share apa yang ada dalam perbincangan akak dengan psikiatris. Sexual grooming ni kalau dengan budak-budak, memang biasanya bermula dengan sentuhan. So bagus kita didik tentang sentuhan selamat pada anak-anak.

Tapi masalah ni tak hanya berlaku pada kanak-kanak je. Ramai mangsa adalah teenagers dan adult. Sebab tu akak ada baca komen yang duk menyalahkan akak semalam, sebab katanya dah dewasa, so tau dah betul salah halal haram. Bila buat jugak, dah jadi suka sama suka. Akak just nak share untuk yang remaja atau dewasa ni.

Sexual grooming pada umur dah besar ni tak bermula dengan sentuhan. Tapi bermula dengan verbal. Sebab apa tak bermula dengan sentuhan? Sebab untuk umur remaja ni, kita dah lebih dari faham tentang sentuhan selamat dan tak selamat. Sebab tu pemangsa takkan mula dengan sentuhan, tapi lebih kepada lisan.

Bila kita dah besar, orang nak sentuh sentuh ni memang kena tampar je la kan. Akak sendiri pernah ada pengalaman di raba masa naik bas. Akak menjerit sampai satu bas dengar. So mustahil kesilapan akak dengan bos dulu tu, bermula dengan sentuhan. Senaif mana pun akak, kalau orang sentuh akak tau la benda tu tak betul.

FASA PERTAMA GUNA LISAN, KEDUA BARU SENTUHAN

sekolah asrama penuh

Akak rasa kat sini yang ramai tak faham macam mana perempuan yang dah remaja dan dewasa pun boleh jadi mangsa. Jawapannya, sebab ada grooming tu la. Dan pemangsa akan guna lisan dulu sebagai fasa pertama tindakan. Dia akan masukkan kepercayaan baru dalam minda mangsa. Hari-hari dia akan bercakap tentang hal-hal yang berkaitan dengan sexual. Tapi bukan dalam nada lucah. Dia akan kaitkan banyak dengan agama.

Contohnya, dia bercakap tentang air mani. Tapi dia tak cerita air mani tu apa, datang dari mana. Dia cuma cerita, dari air mani la terjadinya manusia. Dia akan bercakap tentang kebesaran Allah menjadikan manusia dari setitis air mani. Mangsa pun akan wujud rasa kagum. Hebat ilmu orang tu. Macam tu la dia rasa. Benda ni akan berulang sentiasa, berkali-kali, tapi dibuat dalam keadaan santai-santai. Sampai kita pun tak sedar. Sebab kita rasa itu ilmu agama.

Sikit-sikit nanti, bila dia nampak kita dah mula selesa, dia akan bercakap pulak macam mana air mani tu terhasil. Pun, masih dalam lingkungan agama. Kalau kita duduk kat tempat mangsa, kita takkan perasan pun game dia. Sebab semuanya smooth and slow je. Kita tak perasan macam mana dia dah mula groom minda kita untuk membiasakan perkara tu. Fasa satu ni kita panggil as, bina rapport. Sebab bila dah ada rapport, sesiapa je akan mudah percaya.

Sentuhan dah jadi fasa kedua dah. Ni la modus operandi predator ni untuk mendapatkan mangsa yang bukan kanak-kanak.
Akak share sebab akak baca komen yang ada. Akak nak sampaikan perkara ni biar ramai yang tau. Cara terbaik nak didik anak, tetap ISLAM. Sebab Islam dah lengkap ajar kita semua. Nak elak benda ni, ajar anak tentang ikhtilat. Kalau anak faham tentang ihlkhtilat, in the 1st place dia takkan bukak ruang untuk menerima sebarang personal conversation antara dia dengan yang bukan mahram. Walaupun perbualan tu tentang agama sekalipun. Ada batas antara lelaki dan perempuan.”

Jadi, ajar dulu anak-anak tentang ikhtilat. Ajar anak-anak supaya jangan mudah percaya sesiapa walau sebaik mana pun orang tu. Tak semua anak diberi rezeki untuk dapat kasih sayang dari seorang ayah. Kalau kita ibu tunggal, pastikan ‘father figure’ tu kita berusaha wujudkan dalam hidup anak-anak kita.

Sumber: Mohd Fadhli Salleh, Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×