Famili

‘Anak Siap Ambil Gunting’- Hati-Hati, Kartun Huggy Wuggy Boleh Ubah Karakter Anak Jadi Ganas!

341
SHARES
huggy wuggy

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman sekarang diberikan tontonan kartun dengan menggunakan tablet atau telefon pintar. Ada rancangan kanak-kanak yang memberikan input positif kepada anak-anak namun ada juga yang menyelitkan unsur keganasan dalam rancangan tersebut tanda kita sedari! Ini termasuklah satu karakter kartun yang menjadi kegemaran anak-anak iaitu Huggy Wuggy, nampak pun dah macam seram.

Baca juga: Awas Propaganda Halus Racun Anak Kecil, Ini 8 Kartun Ada Selit Unsur LGB*TQ

HATI-HATI, KARTUN HUGGY WUGGY UBAH KARAKTER ANAK GANAS!

Huggy Wuggy telah dicipta oleh Playtime CO. untuk dijadikan mainan oleh kanak-kanak. Mainan itu tidak lama kemudian menjadi produk syarikat yang paling berjaya, tetapi dia akhirnya diubah suai pada satu ketika sebelum mengubahnya menjadi raksasa.

Antara maklumat yang telah dikeluarkan oleh pembangun ialah penambahan watak baharu, termasuk Mommy Long Legs dan Kissy Missy. Seperti Huggy Wuggy, watak-watak baharu ini mempunyai nama yang boleh dikatakan ‘tidak bersalah’ yang mungkin kedengaran mesra kanak-kanak tetapi boleh mengganggu dan menjengkelkan kanak-kanak secara visual.

ANAK ASALNYA SOFT SPOKEN JADI GANAS & KASAR!

Menurut kisah yang dikongsikan, ibu ini bercerita bahawa anak lelakinya yang ternyata jenis lembut hati dan soft spoken pun berubah perangai menjadi mudah marah dan asyik berkasar dengan adik-beradiknya. Bukan itu sahaja, anaknya juga sudah pandai bertindak mengambil gunting dan hampir mencederakan adiknya sendiri.

Kartun ini dah diharamkan oleh kamek duak laki bini anak-anak tangga,,sebab apa, sebab kartun ini benar-benar tak layak untuk ditonton anak-anak kita, banyak unsur-unsur ganas dan paloi-paloi diluar moral… Mun anak kitak orang dah obses dengan patong tok…BERHATI-HATILAH OK.

Jadi, amat penting untuk ibu bapa sentiasa pantau apa yang ditonton oleh anak-anak. Walaupun pada dasarnya hanyalah kartun kanak-kanak, tapi banyak kartun pada zaman sekarang yang sudah diselitkan dengan elemen keganasan dan juga seksual.

Sumber: Miemie Nurul Tmj, Villains Wiki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×