Asuh

Awas Propaganda Halus Racun Anak Kecil, Ini 8 Kartun Ada Selit Unsur L*BTQ!

415
SHARES
kartun kanak-kanak

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman sekarang diberikan tontonan kartun dengan menggunakan tablet atau telefon pintar. Ada rancangan kanak-kanak yang memberikan input positif kepada anak-anak namun ada juga yang menyelitkan unsur L*BTQ dalam rancangan tersebut tanda kita sedari. Berikut merupakan 8 rancangan kartun kanak-kanak yang anda kena pantau supaya anak-anak tak ‘hanyut’ dengan konten tersebut.

Baca juga: 10 Rancangan Netflix Sesuai Untuk Anak Usia Bawah 3 Tahun

Awas! Propaganda Halus Racun Anak Kecil!

Sekarang nak bagi anak tonton apa-apa cerita even cerita kartun kanak-kanak pun kena berhati-hati. Agenda sesat L*BTQ+ semakin berluasa. Terlalu banyak jarum-jarum halus mengalakkan perbuatan yang haram ni menusuk halus dalam diri anak-anak.

Kenapa golongan ni beria sebarkan propaganda melalui cerita animasi kanak-kanak?

Kerana melalui cerita, anak-anak akan ralik menonton dan perkara negatif mudah “masuk” dalam jiwa mereka. Jadi unsur bertentangan dengan hukum Islam ni akan masuk ke sub-conscious mind (minda separa sedar). Lagi pulak anak-anak kecil masih belum matang untuk bezakan mana betul dan salah. Jadi unsur ni senang meresap dalam minda & jiwa anak-anak, anak pun teruja untuk mencuba seterusnya dapat meluaskan lagi pengaruh L*BTQ+ di muka bumi ni. Nauzubillah min zalik

Terbaca perkongsiaan Tuan Mohd Fhais Salim dan Tuan Firdauz Abdullah mengenai cerita Jurassic World di Netflix yang dah masuk siri ke 5 ada unsur L*BTQ+. Ada scene perempuan kiss perempuan, dan mengaku gefren lagi. Sebenarnya tak hairan pun sebab dari zaman kita kecil-kecil pun dah dicocok jarum halus permainan yang bertentangan dengan fitrah manusia ni.

Ingat tak cerita Sailormoon? Kalau perasan Sailor yang nama Uranus ( セーラーウラヌス Sērā Uranusu) pun lesb**an. Tapi zaman tu pandai dia menyorok konon-konon sepupu dengan Sailor Neptun tu. Dan banyak lagi watak dalam cerita ni yang les. Fuh mujur dulu tak beberapa nak tengok cerita ni sebab sakit mata tengok baju tak cukup kain tu.

Ada banyak lagi cerita lain saya cerita kat gambar dibawah. Ni setakat yang saya tahu, ada lagi boleh komen ya. Kalau dekat Eropah benda ni biasa je. Sebab banyak je negara yang raikan golongan macam ni. Saya pun ada pernah cerita kat sini Jun lepas pun dekat Norway ni ada sambutan Oslo G*y Pride. Ada macam-macam pertunjukan dan sambutan untuk meraikan golong sejenis mereka ni.

Kita taknak lagi negara kita akan terbuka macam ni nanti. Kuatkan benteng, pasak akidah kukuh pada anak-anak. Bantu saya sebar perkara ni. Ada beberapa perkara yang saya pun baru sedar. Sama-sama kita jalankan tanggungjawab dan peranan kita bersama demi kesejahteraan dan kelangsungan generasi anak-anak kita, insyaAllah.

1.MY LITTLE PONY

Mujur cerita ni my boys tak tengok sebab katannya cerita perempuan. Disebalik kecomelan pony ni, terselindung juga jarum halus untuk menyuntik agenda L*BTQ+ ni.

Contohnya dalam episod The Last Crusade, ada watak pasangan couple sejenis Aunt Holiday and Auntie Lofty tu iaitu makcik kepada Scootaloo. Jijik kan?

2.JURASSIC WORLD

Kita harapkan cerita ni lebih kepada cerita pengembaraan ke zaman dinosaur ke. Suka anak2 sebab boleh tengok macam-macam jenis dino. Mula-mula okay lagi, lepas masuk season 3 slow-slow nak tunjul rentak. Masuk season 5 terus ada adegan kissing watak Yaz dan Sammy. Jijik betul! Mujur Ahza Afraz baru tengok season 1. Dah taknak sambung dahhh.

3.PEPPA PIG

Series yang dikenali dengan accent British. Dikatan icon L*BT+. Desakan dari peminat Peppa Pig yang menyeru untuk memperkenalkan keluarga LGBT+ kepada rancangan TV kanak-kanak itu.

Harapan mereka kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa sejenis ni tak terasa terasing. Kanak-kanak bukan je terhibur tapi boleh belajar dan faham cara hidup L*BT+ ni. Kalau diikutkan Peppa ni female piglet. Tapi dikatakan peppa ni dating dengan Suzy Sheep. Adehhh peninggggg.

4.Buzz Lightyear

Cerita yang menampilkan Chris Evans ni sebagai suara latar Buzz Lightyear menimbulkan kontroversi dan banned untuk tontonan di 14 buah negara di Asia dan Timur Tengah, termasuklah Malaysia. Salute Malaysia atas usaha ni dimana bukan semua Islam teguh dengan pendirian ni. Ada babak kiss sesama jantina dalam cerita ni. Walaupun tak lama, tapi still ada kesan bila kanak-kanak menonton.

Ada watak lesbian yang merupakan sahabat baik kepada Buzz,iaitu Alisha Hawthorne bercium dengan ‘ isterinya’.

5.Sailormoon

Kalau perasan Sailor yang nama Uranus ( セーラーウラヌス Sērā Uranusu)pun lesb**an. Tapi zaman tu pandai dia menyorok konon-konon sepupu dengan Sailor Neptun tu. Dan banyak lagi watak dalam cerita ni yang les. Fuh mujur dulu tak beberapa nak tengok cerita ni sebab sakit mata tengok baju tak cukup kain tu.

6.The Simpson

Cerita kartun yang banyak sangat kontroversi. Baik elak dan haramkan terus anak-anak tonton cerita ni. The Simpsons ni ada pengaruh cukup besar dalam perkembangan kaum gay, khususnya di Amerika Serikat (AS). The Simpsons juga menjadi cerita kartun pertama yang menampilkan babak pernikahan sesama jenis.

7.The Legend of Korra

Watak utama sendiri iaitu Korra merupakan seorang yang les. Korra ni jatuh cinta pada Asami, juga perempuan. Siap ada scene romantik lagi takleh tahan tu. Pegang tangan, tatap mata konon-konon jatuh cintalah tu terhadap kaum sejenis. Geli geleman rasa tulis ni.

8.Adventure Time

Saya dan anak tak pernah lagi tonton cerifa ni. Siri dari Cartoon Network, rancangan ini menceritakan kisah cinta lesbian yang sukar antara Puteri Bubblegum dan Marceline.

Sumber: Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×