Didik

10 Rancangan Netflix Sesuai Untuk Anak Bawah 3 Tahun

47
SHARES

Selain dari memaparkan rancangan-rancangan kartun dalam Youtube untuk anak-anak, ibu bapa juga pasti memaparkan filem-filem yang sesuai untuk tontonan mereka. Bagi anda yang mempunyai akaun Netflix, sebenarnya banyak rancangan kanak-kanak yang sesuai untuk anak bawah umur 3 tahun. Oleh itu, ini 10 senarai rancangan Netflix yang anda boleh cari.

Baca juga: 16 Senarai ‘Educational Channel’ Di Youtube Untuk Tontonan Anak, Semua Best!

10 RANCANGAN NETFLIX YANG SESUAI UNTUK ANAK 3 TAHUN KE BAWAH

“Saya WFH susah nak pantau anak semasa bekerja dan terpaksa buka TV”

Inilah dilema kebanyakan mak ayah zaman pandemik ini, nak bawa anak keluar tak boleh, nak main dengan anak dah habis idea, nak layan anak setiap masa susah sebab ada kekangan kerja hakiki. Sudahnya ada anak yang 24 jam melekat depan TV atau gadget. Ini nasihat saya untuk kalian:

1. Kalau ada pilihan nak bagi anak tengok TV atau gadget (hp/tab), buka TV lebih kurang risiko masalah perkembangan anak berbanding gadget.

2. Elakkan buka cerita yang sama setiap hari atau setiap masa.

3. Dedahkan anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

– Rancangan masakan.
– Hidupan laut, haiwan, serangga atau burung.
– Melukis atau mewarna.
– Rancangan pendidikan yang sesuai ikut umur anak.
– Projek reka bentuk atau seni.
– Lawatan ke tempat yang baru.
– Menjahit.
– Sukan.

Manfaatkan internet di rumah untuk dedahkan kepada anak tentang dunia. Bukan terhad menonton kartun sahaja.

4. 80% perkembangan otak adalah semasa 3 tahun pertama. Mak ayahlah agen dan lubuk ilmu pengetahuan anak tentang dunia.

5. Untuk anak 3 tahun ke bawah, elak dedahkan anak terlalu lama:

– Lagu kanak-kanak (nursery rhyme).
– Rancangan yang tidak ada komunikasi.
– Ganas.
– Bahasa kasar atau kurang ajar.
– Bahasa atau percakapan yang terlampau laju.
– Rancangan yang terlalu rumit untuk anak faham.

6. Anak cenderung untuk meniru apa yang dia lihat dan dengar semasa umur 3 tahun ke bawah. Jadi, saya senaraikan 10 rancangan yang sesuai untuk anak umur 3 tahun ke bawah di NETFLIX. Kriteria saya:

– Bahasa yang mudah difahami.
– Percakapan yang tidak laju.
– Tidak banyak gangguan bunyi latar belakang.
– Visual atau pergerakan yang tidak terlalu pantas.
– Warna yang tidak terlalu terang dan menonjol.
– Dinyatakan rating “ALL”, sesuai untuk semua peringkat umur.

10 RANCANGAN KANAK-KANAK YANG MENARIK

1.SIMON

rancangan netflix best

2.Puffin Rock

3.Trash Truck

4.Hey Duggee

5.Sylvanian Families Mini Episodes Clover

6.Gabby’s Dollhouse

7.Llama Llama

8.Cleo & Cuquin

9. Treehouse Detectives

10. HI-5

Sensori anak masih lagi berkembang semasa umur 3 tahun ke bawah, perlu berhati-hati dengan pemilihan rancangan untuk anak. Semoga bermanfaat untuk semua!

Sumber: Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×