Asuh

16 Senarai ‘Educational Channel’ Di Youtube Untuk Tontonan Anak, Semua Best Best!

22.8K
SHARES

Kanak-kanak mana yang tidak ‘gilakan’ gajet canggih zaman sekarang bukan? Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak mahu makan atau buat perkara lain gara-gara terlampau melekat dengan aktiviti tersebut. Namun, penting juga untuk ibu bapa sediakan bahan-bahan yang berilmu buat anak-anak yang suka menonton video di dalam gajet supaya tidak sia-sia.

Jadi, ini adalah perkongsian dari seorang ibu di laman Facebook dimana dia menyenaraikan  antara 16 program ilmu atau ‘educational’ di Youtube untuk anak-anak. Bukan hanya minat gajet semata-mata, malah anak-anak dapat menajamkan lagi minda mereka dengan konten-konten yang menarik!

Channel Educational Video Yang Sesuai Untuk Tontonan Anak

Pssss. Post ni bukan nak hasut ibu-ibu bagi anak-anak tonton YouTube Kids semata yaa. Sebaik mana pun Video, ilmu yang ibu berikan direct paling terbaik. Apa-apa kene limit screen time yaa! Dan wujudkan komunikasi 2 hala semasa menonton. Petang tadi Anis saja tanya dalam ahli group Idea Homeschool Anak, dalam YouTube Kids, Channel Educational Video mana yang ibu-ibu berikan untuk sesi screen time anak-anak. Jadi, Anis compile sini beberapa channel yang sesuai, mempunyai content yang best dan padat dengan ilmu pengetahuan untuk anak-anak.

Screen time ni Anis peruntukkan juga dekat anak-anak. Tak lah Anis sekat terus. Sebab Anis masa kecil pun tonton TV, jadi rasa tak salah nak bagi anak-anak tonton TV cuma perlu ada hadnya dan berada-pada yaaa. Screen Time Anis lebih prefer anak-anak tonton dekat TV dari phone. Supaya Anis boleh dengar dan lihat apa yang anak tonton. Tengok TV pun ada limit waktu. Dua beradik ni hari-hari sibuk bermain. Jarang sangat tonton TV. Tapi bila waktu mereka request Screen Time, Anis bagi mereka tonton Educational Video. Ada sebahagian video kat bawah yang Anis memang benarkan Ahza Afraz tonton sebelum ni. Ada juga tadi beberapa channel yang Anis baru tahu bila ahli IHA cadangkan. Jadi, kita compile semua sini. Senang nak rujuk bila screen time nanti.

1.LEARN WITH ZAKARIA

Yang ni best sangat. Rasa tak bersalah bila anak tonton. Bukan je anak, mama pun boleh recall balik Bahasa Arab yang belajar zaman sekolah dulu

2.OSRATAUNA TV

Sama dengan Channel ni, best sangat Muslim Kid Video nim Ada lagu lagu kanak-kanak dalam Bahasa Arab

3.NAT GEO KIDS

Nat Geo Kids. Ni semua tahu best sangat dan sesuai bagi anak tonton. Sebab bila anak tonton makhluk Allah dan ciptaan Allah yang real dan sukar kita nak tunjuk live, anak akan rasa terpegun dan kagum dengan ciptaan Allah.

4. NUMBERBLOCKS

Numberblocks! Ni antara Channel paling anak teruja nak tengok bila anak bagi chance anak untuk screen time. Kalau tanya takde cite lain. Mesti Numberblock. Sampai Anis buat printable khas dan print kat dorg ni . Ada yang nak? Nanti Anis share.

5.ALPHABLOCKS

Suka sukaaa. Sambil belajar Phonic. Tapi kalau Alpha Block dengan Numberblock anak Anis memang teruja Numberblock lagi.

6.PEEKABOO KIDZ

Yang ni kalau anak umur 5 tahun ke atas sesuai. Kalau Afraz 3 tahun, tengok dia blur sikit nak faham sebab tak tercapai akalnya lagi. Tapi best sebab video ni bagi penjelasan tentang sesuatu perkara. Kita mak mak pun tak tahu nak explain bila anak tanya kan. Malam-malam Anis tonton boleh lah topup ilmu sikit. Esok confident nak cite kat anak.

7.SMILE AND LEARN ENGLISH

Fakta sambil belajar English. Boleh belajar Science, Social Study dalam English.

8.KASTARI SENTRA

Channel Indonesia. Best comel je sambil belajar huruf Hijaiyah. Banyak sangat Islamic content yang awesome.

9. ALIF & SOFIA

Comel sangat. Lepas tu Channel Alif Sofia banyak educational video berdasarkan Islamic. Anis suka muat turun audio dan bagi anak-anak dengar. Sebab anak-anak lagi senang tangkap bila dengar lagu kan.

10.THE BAZILLIONS

Channel ni banyak belajar Grammar English. Macam-macam video yang disampaikan dalam bentuk interaktif comel.

11.LINGO KIDS

Lingo Kids. Besttt! Highly recommended. Sebab boleh improve vocab anak. Dah lah kartun comel.

12. JACK HARTMANN

See It, Say It, Sign It. Haaa ni kalau tonton kita sekali gerak-gerak tangan joget macam Mr Jack NI. Kalau dengar memang terngiang-ngiang je. Besttt! Banyak anak boleh belajar English dari Channel ni.

13.KIDS LEARNING TUBE

Yang ni pun favourite Ahza. Paling favourite lagu Countries Of The world With Flags. Lagu Malaysia Geography pun ada. Patriotik bila tonton. Lagu dia pun santai.

14.OMAR HANA

Ramai kanak-kanak kat Malaysia kenal Omar Hana ni kannn. Koleksi lagu anak-anak Islam dan dihasilkan oleh Digital Durian. Omar Hana padat dengan kandungan mengenai ciri-ciri Islam yang baik dan nilai-nilai moral.

15.ART FOR KIDS HUB

Mama tangan keras, kalau anak nak belajar lukis, pasang yang ni. Boleh bagi anak belajar lukis. Best sangat. Macam hari tu search How To Draw Zebra. Nampak je simple tapi Anis nak lukis susah jugak. Tak jadi-jadi tetap rupa alien. Haha. Dapat idea sini boleh tiru hehe. Tapi macam biasa, still tak menjadi.

16. THE STORY TIME FAMILY

Comel sangat gaya penyampaian Read Aloud yang dibuat. Anis pun suka dengar sebab boleh acah-acah betulkan pronunciation hehe. Satu lagi tak semua buku yang ada. Bila ada sudi belekkan, best jadinya.

Sumber: Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×