Didik

8 Channel Youtube Yang Bagus Untuk Tontonan Anak, Mak Ayah Pun Suka!

266
SHARES
channel youtube untuk anak

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman sekarang diberikan tontonan kartun dengan menggunakan tablet atau telefon pintar. Ada rancangan kanak-kanak yang memberikan input positif kepada anak-anak namun ada juga yang menyelitkan unsur pronografi dalam rancangan tersebut tanpa kita sedar. Jadi, berikut merupakan 8 channel Youtube untuk anak yang anda boleh jadikan tontonan.

Insyallah terbaik!

8 CHANNEL YOUTUBE UNTUK ANAK YANG BAGUS

1.RIKO THE SERIES

channel youtube untuk anak

Riko The Series. merupakan hiburan pendidikan (edutainment) yang turut menyajikan kandungan sains berkaitan al-Quran (Quranic Sciences) dalam setiap episod.

Link: Youtube Riko The Series

2.LEARN WITH ZAKARIA

channel youtube untuk anak

APP kami padat dengan kandungan pendidikan yang hebat yang akan membuatkan anak-anak anda ketawa dan tersenyum sambil mengajar mereka abjad, warna, bentuk, nama haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan banyak lagi… dalam bahasa Arab, Inggeris dan juga Perancis.

Anak-anak anda juga akan seronok belajar dan menghafal “Quran” dengan cara yang menyeronokkan dan unik, dengan watak comel kami.

Link: Youtube Learn With Zakaria

3.ALIF & SOFIA

channel youtube untuk anak

Alif & Sofia ialah siri animasi pendek Malaysia yang diterbitkan oleh Blindspot Studios dan Primeworks Studios, dan disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation. Siri ini mengisahkan sepasang adik beradik bernama Alif & Sofia, mempelajari pelbagai topik ilmu seperti spiritual dan keagamaan, fizikal dan kesihatan, nilai moral, sains & matematik, seni, kemahiran kendiri dan nilai persahabatan di dalam kehidupan seharian mereka.

Link: Youtube Alif & Sofia

4.NAT GEO KIDS

National Geographic Kids ialah majalah kanak-kanak yang diterbitkan oleh National Geographic Society. Isu pertamanya dicetak pada September 1975 di bawah tajuk asal National Geographic World.

Link: Youtube Nat Geo Kids

5.NUSSA

Nussa ialah siri animasi Indonesia yang diterbitkan oleh The Little Giantz dan 4Stripe Productions.Animasi ini pertama kali disiarkan di YouTube sejak November 2018, dan telah popular sejak itu.

Kisah Nussa terletak di sekitar kehidupan seharian Nussa, seorang budak lelaki dengan kaki palsunya, dan kakaknya Rarra bersama keluarga dan rakan mereka. Setiap episod membenamkan nilai Islam, menunjukkan terasnya sebagai siri bertemakan keagamaan. Nussa, nama kucingnya Anta dan Rarra bertujuan untuk mencerminkan perkataan Nusantara.

Link: Youtube Nussa

6.NUMBERBLOCKS

Numberblocks ialah siri televisyen animasi British untuk kanak-kanak prasekolah yang memulakan kerjaya di CBeebies pada 23 Januari 2017. Program ini dicipta oleh Joe Elliot dan diterbitkan oleh Alphablocks Ltd dengan Blue Zoo.

Link: Youtube Numberblocks

7.AJAR

Pendidikan luar buku teks yang menunjukkan cara pembelajran subjek secara interaktif dan menarik!

Link: Youtube Ajar Malaysia

8.AQIL STORY

Animasi Islamik untuk kanak-kanak. Matlamat animasi adalah untuk memupuk nilai moral yang positif.

Link: Youtube Aqil Story

*Ni 8 channel Youtube yang bagus untuk anak anak kita.

Nota kaki : Cuma dalam Youtube ni tak 100% selamat sebab terdedah dengan iklan dan tersalah tekan sana sini. Jadi saya sarankan mak ayah semua subscribe platform Durioo+ kalau nak rancangan kartun patuh syariah dan 100% selamat untuk anak.
Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×