Asuh

Anak 11 Tahun Kantoi ‘Search’ Video Porno, Ini Tindakan Tegas Ibu Ayah Boleh Buat!

26
SHARES
anak ketagih gajet

Penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dilihat sebagai alat utama dan sangat penting untuk di bawa ke mana sahaja. Kalau tertinggal gajet, maka menangislah si anak sampai kering air mata. Ramai dalam kalangan mak ayah tidak sedar bahawa inilah yang menjadi punca anak ketagih gajet dan menjurus ke arah masalah lain juga iaitu menonton video pornografi.

Ya, mungkin kita tidak menyangka anak semuda 5 tahun akan memahami konsep porno ini namun inilah realitinya. Seperti apa yang dikongsikan oleh pakar motivasi ini, ada ibu bapa yang bertanyakan apakah solusi perlu dilakukan apabila anak-anak ‘kantoi’ membuat carian video porno di dalam internet. Mak ayah kena pukul anak ke?

ANAK KETAGIH GAJET, RUPANYA KANTOI CARI VIDEO PORNO!

anak ketagih gajet

“Assalamualaikum Tuan, maaf mengganggu,. Saya ada pertanyaan. Ketakutan saya sebagai seorang Ibu menjadi nyata malam tadi. Saya ada seorang anak lelaki berumur 11 tahun. Malam tadi tertangkap oleh saya dan suami dia buat carian video lucah di Google. Dan apabila saya periksa History memang banyak carian sejak bulan awal Februari.

Untuk makluman, anak saya baru terima hp tersebut setelah 1 tahun lebih tanpa hp sebab rosak. Tahun sebelum hp dia rosak, saya sangat kerap periksa phone dia dan tak jumpa perkara yang mencurigakan. Semalam, kami suami isteri duduk di ruang tamu, pintu bilik anak memang sentiasa terbuka kecuali selepas mereka mandi dan ingin memakai pakaian.

Tetapi semalam suami pelik kenapa belum tidur tapi berselubung toto, bila ditegur, dia cepat-cepat cuba tutup phone dia dan saya segera rampas phone tersebut dan kantoi lah video tersebut. Apa yang perlu saya dan suami buat sekarang Tuan?”

1. Antara perkara yang patut puan dan suami syukuri adalah puan tahu awal benda ni. Ada kes saya jumpa anak dah sampai ketagih dengan onani, bahkan dah hantar gambar kemaluan sendiri kepada orang lain.

2. Zaman sekarang ni puan akses kepada benda lucah ni dah tak terkawal. Kalau anak tak cari di Google, kadang kawan dia share melalui Whatsapp atau Telegram. Kadang tu melalui pop-up masa main game, ada pula trigger sebab kawan mula sembang benda lucah di sekolah.

3. Banyak kali dah saya jumpa budak seawal darjah 1 dah tengok benda begini. Paling sedih ada yang bermula dari tadika.

4. Semua ni terjadi sebab anak-anak ni diberi handphone tanpa ada pantauan. Mak bapak budak-budak ni telah ‘melantik’ handphone tu menjadi ‘pengasuh’ kepada anaknya.

5. Jadi, tak pelik bila saya ceramah di sekolah, murid darjah 5 berani bercakap kepada kawan perempuan, “Jom pergi tandas buat anak.”. Ada pula yang ugut kawan perempuan, ” Kau bagi tahu cikgu aku rogol kau dalam tandas!”

6. Semua ni banyak berpunca dari pornografi. Dan paling menyedihkan ada yang mula ketagih ketika PKP.

Jadi apa yang mak ayah boleh buat untuk bantu anak?

anak ketagih gajet

Hukum anak atas perbuatannya. Dia perlu tahu apa dia buat salah dan berdosa. Antara hukumannya adalah :

a) Rampas gajet berkenaan. Jangan bagi dia dalam tempoh masa tertentu.

b) Perlu ada perbincangan telus dengan anak. Tak kisahlah antara puan dan anak, suami dengan anak, atau puan suami isteri mengadap anak secara privasi. Elakkan dari anak-anak yang lain tahu. Sebab ia hal yang mengaibkan anak berkenaan.

c) Kita kena berani untuk pecahkan taboo berbicara hal seksualiti dengan anak. Tanya dia kenapa tengok benda begitu. Kalau dia diam, cakap sahaja tak apa, kalau abang dah bersedia nak share, ibu dan ayah ada. Biasa anak usia 11 tahun ni cepat je akan share.

d) Jangan tengking, marah, maki hamun. Cerita baik-baik kesan tonton pornografi. Share dengan anak kes yang dah berlaku di Malaysia yang melibatkan remaja bawah umur. Sebab tengok video lucah, cabul adik sendiri, ada yang hamilkan adik kandung, ada yang perkosa anak pengasuh, ada yang kongsi gambar lucah sendiri pada orang lain, ada yang kena tangkap dengan polis sebab sebarkan pornografi dan lain-lain.

e) Nada suara kita masa cakap tu kena tegas! Biar dia rasa bersalah atas perlakuannya itu. Jangan gelak-gelak, buat lawak. Cakap baik-baik dalam nada yang tegas dengan niat nak mendidik.

f) Jika nak rotan silakan. Rotan tapak tangannya. Biar dia tahu tangan itulah yang akan bercakap kat akhirat apa yang dia buat di dunia. Biar dia rasa perasaan berTuhan, ada malaikat mencatat amal kebajikan serta soal dosa pahala.

g) Jika gajet diberikan semula, tetapkan peraturan baru. Tak boleh bawa phone masuk bilik, had masa penggunaan, guna di ruang tamu sahaja, dan paling penting install Google Family Link di phone kita dan phone anak. Jadi, kita boleh tahu anak akses apa di Google, install apps apa bahkan kita juga boleh tetapkan berapa lama anak boleh guna gajet dalam masa sehari.

h) Anak perlu aktif dalam beraktiviti. Jangan hanya mengadap gajet sahaja. Hormon dopamine nya kena dirembeskan dengan bermain bola, hantar ke kelas seni mempertahankan diri, berbasikal, berenang, memanah dan lain-lain.

Semoga Allah bantu keluarga kita. Amin…

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×