Famili

Hancur Hati Ibu Bila Check History Tab Anak Usia 8 Tahun Penuh Unsur Lucah!

19
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang risau dengan aktiviti anak-anak terutama sekali ketika menggunakan gajet. Seperti kisah yang dikongsikan ini apabila seorang ibu terkejut melihat carian di history tab anaknya yang berusia 8 tahun dipenuhi dengan carian yang berunsurkan 18sx!

Bila sudah jadi macam ini, apa yang anda harus lakukan?

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Cara Untuk Pantau & Kawal Aktiviti Anak Guna Aplikasi Family Link, Canggih!

HANCUR HATI IBU BILA CHECK HISTORY TAB ANAK USIA 8 TAHUN…

Tolong doakan ibu ini. Beliau sedang diuji. Pagi ni, bila cek history tab yang digunakan anak yang berusia 8 tahun, keluar senarai begini. Hancur luluh hati ibu. Tak terkata apa.

Ibu ini diuji kehilangan suami pertengahan tahun ini. Sementara beliau masih perlu bekerja, anak diletak di bawah jagaan atok dan nenek. Maka, bermulalah episod ngeri ni. Bila mana ibu tak mampu monitor penggunaan gajet dari jauh. Kepada ibu bapa di luar sana, buat 4 perkara ni untuk elak anak jumpa benda-benda tak elok dalam gajet.

1) Set rules

– Limit penggunaan sehari selama 2 jam sahaja.

– Tidak dibenarkan bawa gajet ke bilik atau tonton bersendiri

– Gajet hanya dapat setelah nak selesai tugas. Contohnya setelah selesai mandi, kemas bilik, makan, baca buku dan solat.

2) Jika anak dijaga oleh orang lain, bincang bersama patuhi rules di atas.

3) Install Family Link

– FL boleh block atau approve apps yang anak nak install.

– Boleh limitkan penggunaan gajet anak

– Boleh monitor apa yang anak tonton

– Boleh monitor lokasi gajet dibawa

– Boleh set SafeSearch untuk tapis lirik lucah dan apa yang anak search.

Tapi jangan rasa selamat sangat kalau guna FL ni pun. Anak ni kreatif cari jalan juga. So, back to number one rules : PANTAU.

4) Sibukkan anak dengan aktiviti

Do outdoor activities from time to time. Bila badan bergerak aktif, otak kurang kecenderungan ke arah itu. Sign up dengan kelas kemahiran sepertinkelas renang, kelas muzik, kelas seni bela diri dan sebagainya.

Do bonding activities. Main board games bersama, bedtome story, main teka teki dan bersembang mengisi ‘rasa kosong’ yang anak rasa. Saya doakan semoga anak-anak kita semua dihindari dari ancaman pornografi, seksual dan pedofilia. Semoga anak-anak kita membesar jadi manusia berakhlak dan baik pegangan agamanya.

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×