Asuh

Ibu Ini Kongsi Cara Untuk Pantau & Kawal Aktiviti Anak Guna Aplikasi Family Link, Canggih!

748
SHARES

Terbaharu kita digemparkan dengan kes kanak-kanak berusia 12 tahun merogol anak asuhan. Hal ini terjadi kerana pengaruh menonton video lucah di laman sesawang menggunakan gajet. Oleh itu, terdapat satu perkongsian di laman Facebook dimana ibu ini berkongsikan cara untuk menghadkan dan ‘blocked’ penggunaan anak-anak dari gajet dengan selamat.

MACAM MANA NAK ‘BLOCK’ ANAK DARI BENDA YANG TAK ELOK?

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua. Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yelah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar. Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak. Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerja sekolah. Tapi semua ada limit. So saya install app ni Family link.

APA ITU APLIKASI FAMILY LINK?

Dekat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online ke, dia tengah tengok youtube ke, tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. Dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. Paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. Tak kisah saya tengah kerja dia di rumah semua saya boleh monitor sebabnya ada notifiication.

Ini waktu yang saya tetapkan sendiri. so time ni memang telefon dia tak kan boleh guna. sehari dia boleh pakai 4 jam sahaja.

Dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. So sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. Kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.

ANAK TAK BOLEH PANDAI-PANDAI UNINSTALL

Ni tempat untuk parent setting.

update ::

1) Application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. Nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. — Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens.

Ni contoh kalau tak leh guna. haa kakak dia suh tidoq time ni. so dia hanya boleh guna emergency sahaja. iaitu call. parent access tu yang code tadi lah.

2) Anak nak uninstall. Biarlah sebab tak boleh pun. Kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. Melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.

Ni app yang perlu install pada telefon anak.

4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

*Selamat mencuba!

Sumber : Azmuhaini Aini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×